Antara adab2 Dan tip berhari raya, jangan biadap!!!

1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal) 

2. Pastikan anak² x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jangan pandai² tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Hindustan, jangan pandai² nak tukar astro ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai2,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak² jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besat kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang. 

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.

16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan tanya dari mana punca kenyataan nih...

19. Jangan biarkan anak2 tepuk cermin Aquarium rumah org..ikan tu tak biasa diganggu..

20. Jangan biarkan anak2 panjat kerusi.. usik segala barangan yang ada dlm rumah org.

21. Kepada menantu2, jangan asyik tahu nak selfie memanjang jer, sampai lupa nak tolong mak mertua... jenguk2 kerja dapur, bantu mak2 mertua tolong mana yang patut.

22. Dah jangan banyak tanya , share kepada yang lain cepat . Hehehe ๐Ÿ˜‚

#shareandsharing๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿƒ๐Ÿป✌๐Ÿ˜€
#copydarigroupsebelah

19 Comments

  1. kalau kuih dah basi bagitau tuan rumah, kebanyakan kuih tunjuk je kadang tuan rumah bukak terus masuk dalam balang

    ReplyDelete
  2. ada ke kuih basi..haha.. selamat hari raya a.kie..:)

    ReplyDelete
  3. kiki, ada jugak yg selit celah kerusi tu..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya cg
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Hahhaha... walaupun nampak lawak tapi ada benarnya.

    Selamat hari raya Aidilfitri.

    Salam kosong-kosong :-) cikgu

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya cikgu..maaf zahir dan batin =)

    ReplyDelete
  7. minta password wifi tu penah buat haha.. tq abam for reminder. selamat hari raya

    ReplyDelete
  8. salam 6 ramadhan

    mohon share

    ReplyDelete
  9. raya dah habis Abam..

    noted untuk next year jelah

    ReplyDelete
  10. betul tu! lagi yg 20, 17 dan buka sampul duit raya depan tuan rumah

    ReplyDelete
  11. nice sharing.. nk kena ingat selalu adab2 ni..

    ReplyDelete
  12. Haha..nice sharing Abam Kie. Selamat hari raya

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya bam kie.. Pernah termakan lemang basi.Ehehe.. sebab takperasan.Gelojoh punya pasal..nak lemang. Gigitan terakhir,baru nampak melekit dia lain macam.Hahaha

    ReplyDelete
  14. Hahahaaa ada yg lucu tp mmg sering tjadi. Slmt hari raya ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  15. tetiba rasa mcm nk gi beraya lagi... =D

    ReplyDelete
  16. hahaha yang part tengok duit raya depan tuan rumah tu so truee! paling sopan pun check la bila masuk kereta kan haha.

    p/s: jemput join segmen blog saya abam kie :D

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.