Friday, 10 November 2017

Menutup akaun Amanah Saham Wawasan 2020


Assalamualaikum. Abam Kie memang mula melabur dengan ASW2020 sejak 10 tahun yang lalu. Masa tu ada duit raya anak2 jadi abam kie pi la buka akaun ASW2020 di Maybank. Sebelum tu memang abam kie sudah memiliki akaun ASB yang dibuka semasa Minggu Haluansiswa di Universiti Malaya pada 1991 dulu. Baguslah kita melabur ni sebab boleh buat bekalan pada hari tua nanti atau pada waktu kecemasan. Satu lagi kebaikan menyimpan di ASB dan ASW ni susah sikit nak keluarkan duit sebab kena berurusan di kaunter. Lainlah kalau menyimpan di Tabung Haji, boleh gi cucuk di bank2 spt Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat. 

OK, berbalik kepada proses menutup akaun ASW ni. Abam Kie pi tutup akaun ASW ni di cawangan ASNB di Pasir Puteh, Kelantan. Abam Kie ambik kesempatan cuti Deepavali tempohari untuk menyelesaikan urusan ini. Tak nak pi KB sebab pasti ramai orang dan jauh pula perjalanannya. Masa abam kie nak tutup akaun tu, kerani ASNB siap kata akaun ASW ni tak boleh ditutup terus melainkan jika abam kie nak menukar kerakyatan atau berhijrah ke luar negara pada masa yang panjang. Huh! Ngeri gak dengar. Walaupun Malaysia ni ada GST dan x sekaya Brunei tapi Malaysia tetap di hatiku. X ada yang lain! 


Jadi kerani tu mencadangkan agar abam kie mengosongkan akaun tu aje. Maksudnya abam kie boleh mengeluarkan segala duit yang ada namun akaun itu masih aktif cuma x ada duit je dalam tu. Abam Kie kena isi borang untuk proses ni. Leceh tul sebab kena isi 4 keping borang termasuk 3 untuk anak2 tu. Dalam 10 minit mengadap kerani tu akhirnya dapat la sedikit duit. Selepas keluar dari pejabat ASNB tu abam kie dan anak2 terus gi shopping di Pasaraya Pantai Timur di sebelahnya. Habis je shopping anak2 pula teringin nak makan di McDonald. Jadi abam kie terus memandu ke McDee Kok Lanas yang terletak kira2 30 km dari situ. 


Akhir kata abam kie menyeru kawan2 membuat pelaburan sebagai sumber kewangan bila dah tua nanti. Terima kasih.

12 comments:

  1. Singgah sini abe ki .saya pun dah tutop dah asw.. tapi x ler kerani cakap kena pindah negara baru blh tutup..cuma dia tanya x nak tunggy masuk bonus ke. Terus cakap x nak haa sebab dah lama plan nak tutop asw. Alhamdulillah lega bila dah selesai

    ReplyDelete
  2. kena melabur gak nanti.. terima kasih abam kie kongsi

    ReplyDelete
  3. boleh tahu kenapa cikgu tutup? =)

    ReplyDelete
  4. dah 10 tahun sure pulangannya lumayan.. tahniah melabur dari usia muda

    ReplyDelete
  5. Bagus melabur dari usia muda... kenapa tutup ye?

    ReplyDelete
  6. memang kena buat pelaburan dari muda lagi... Alhamdulillah saya pun ada buat pelaburan sikit. Melalui CWA Kelantan, namanta Marwan Fikri (contact no : 013-2704243). Memang terbaik service nye... kengkawan boleh try

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada terfikir untuk tutup ASB. Anak-anak punya akaun Amanah Saham Didik 3 orang pun bawah nama saya. Sekarang ni macam leceh sikit. Dia suruh kita daftar di website asnb, tapi tak bagi borang untuk masuk nombor telefon untuk urusan tag, jadi tak boleh daftar di website asnb tu. Kena pergi 2-3 kali. Macam ada agenda tersembunyi je. Ops, dah terlebih komen. Maapkan saya.

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.