Monday, 23 October 2017

Hukuman Buang Sekolah Perlu Diteruskan


Ada 10 sebab mengapa jika hukuman buang sekolah di'tiada'kan, ia akan membawa malang kpd sistem pendidikan negara ini.

1) Alasan "Apabila mereka dibuang sekolah, tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab terhadap mereka selepas itu", yg dikemukakan oleh menteri berkenaan, cuba memindahkan semua tanggungjawab mendidik anak drp tanggungjawab ibubapa kpd guru2 di sekolah.

2) Undang2 dan peraturan2 sedia ada tidak memihak kpd guru jika konflik berlaku antara murid dan guru.

3) Tuntutan kurikulum dan kokurikulum yg semakin bertambah di sekolah tidak membolehkan guru2 menangani murid bermasalah secara berkesan.

4) Mengharapkan khidmat kaunselor di sekolah juga tidak menjanjikan perubahan.. kerana, sejak kaunselor diperkenalkan di sekolah serta bilangan mereka ditambah, masalah murid tak nampak berkurangan.

5) Hukuman buang sekolah adalah hukuman yg paling digeruni oleh murid dan ibubapa. Itu shj yg tinggal buat modal pengetua di sekolah! Jika ini ditiadakan, kata arwah P. Ramlee... "hah2, heh2, hih2, ,hoh2, huhu......".  Hancus!

6) Punca (roots) masalah murid ini bermula drp didikan ibubapa bapa di rumah sejak kecil lagi. Ia perlu ditangani di rumah.

7) Tugas guru masakini adalah rencam menyebabkan masa dan kemahiran mereka tidak berfokus.

8) Seorang guru mempunyai tanggungjawab terhadap sekurang2nya 30 org murid satu kelas. Jika guru tersebut diberi minima mengajar 5 kelas, bermaksud ada 150 murid yg perlu diperhatikan.

9) Masa di sekolah hanya 6 atau 7 jam, selebihnya masa di rumah, cubalah berfikir secara waras, mampukah jumlah masa tersebut mengubah keadaan?

10) Mulut memang sedap bercakap, apa lagi jika bercakap ikut sedap mulut! Tetapi yg menanggung bebannya tidak mampu lagi berkata2... Umpama kata pepatah moden, "Jika pandang tak nampak, ringan mulut bercakap, dijerit tidak didengari, bau busuk pun tidak dirasai, maka sedarlah, ada bahu yg terbeban, ada emosi yg terganggu, ada hati yg terluka, ada dosa yg tidak tertanggung! Hadoi!

Apa yg diharapkan ialah:

1) Perubahan sistem pendidikan mengutamakan akhlak diperingkat awal usia murid. Ajar adab sebelum ajar peradaban.

2) Ubah undang2/peraturan2 sedia ada yg memberi sokongan kpd kaum pendidik.

3) Hukum ibubapa yg mengabaikan akhlak anak masing2.....

PEACE!! ✌✌✌

15 comments:

  1. jadikan rumahtangga harmoni agar anak2 yg dilahirkan tidak menyusahkan sesiapa apalagi guru2nya.

    ReplyDelete
  2. Semua bermula dari rumah. Ramai ibu bapa skrg ni tak amik kisah tentang pergaulan anak2. Anak tak g sekolah pun dorang tak kisah. Susah macam ni.

    ReplyDelete
  3. Takut sebenarnya menjadi ibu-bapa..semoga dapat mendidik anak2 dengan baik semampunya

    ReplyDelete
  4. Guru nak menghukum, mak bapak buat tak kisah je dengan anak sendiri.. paling teruk cikgu disalahkan pula...

    ReplyDelete
  5. Maybe boleh guna cara sistem pendidikan Jepun yang di peringkat awal mereka fokus kepada pembentukan emosi,empati dan akhlak mulia. Zaman jadi cikgu sekarang sangat sangat mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy setuju juga ni mmg sistem pendidikan kat jepun peringkat awl pembentukan akhlak yg dipentingkan.... mereka diajar jaga kebersihan, sopan santun, empati tu... daripada dibebani subjek yg banyak dan juga aras pengukuran yg tinggi... mak ayah pun kalut bg tusyen bagai. keluarga yg tak mampu ketinggalan dibelakang...

      Delete
  6. Budak sekarang tocangnya lagi tinggi dari cikgu dan ibu ayahnya. iskkkk3.

    Mintak jauh lahhh huhu

    ReplyDelete
  7. Beratnya tanggungjawab ibu bapa dan guru. Sama2 kita berdoa supaya kita buat terbaik untuk anak2

    ReplyDelete
  8. gantikan kepada hukuman hantar ke sekolah tunas bakti..

    penjara pendidikan ini boleh memberi dimensi baru mereka untuk peluang kedua..

    bumi mana yang tidak ditimpa hujan..

    manusia mana yang tidak lepas dari buat kesilapan.

    namun setiap yang salah pasti dihukum...

    ReplyDelete
  9. teringat zaman skulah dulu...untuk sambung ke tingakatan 4 pun perlu dapat keputusan cemerlang (minimum)....yang nakal ada yang digantung dan dbuang sekolah...

    ReplyDelete
  10. Apa yg diharap kan tu saya setuju sangat la abam kie... kelmarin g buat motivasi kt sekolah, bg tingkatan 3 yg dh lps PT3, bila tanya berapa org solat penuh tak ada sorang pun... solat 4 kali sehari ada la 4, 5 org... kesian abam kie tgk budak2 sekolah loni dgn masalah akhlak...

    ReplyDelete
  11. Mama agak setuju.. bukan dihukum saja budak Tu tapi ibu bapa pun perlu dihukum Dan diberi kaunseling juga

    ReplyDelete
  12. Tugas guru bukan mendidik saja sekarang.
    Ada 1001 tugas lain.

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.