Sambutan dua dekad di alam pendidikan
Melawat Labuan pada tahun 2000 bersama kawan senegeri, Azrul Abdul Wahab
Selesai peperiksaan akhir kursus TESL di UM pada Mac 1997 abam kie mengambil keputusan untuk bekerja sementara di KL bagi mendapatkan sedikit wang saku. Maklumlah masa tu menumpang di rumah akak di AU3 Keramat Hulu Kelang. Jadi x moleklah kalau tak hulur sedikit sebanyak biarpun akak x pernah minta pun.
Namun pada bulan Mei ayah menelefon dari Kelantan memaklumkan bahawa surat penempatan guru sandaran terlatih telah sampai di rumah. Terkejut 'beruk' jugak bila ayah bagitahu yang abam kie diarahkan bertugas di SABAH! Pada mulanya memang x nak pergi la melapor diri di sebuah hotel di KL pada akhir Mei sebelum berlepas ke Kota Kinabalu. Tapi kalau x nak pergi nanti kena bayar balik biasiswa KPM sebanyak RM50K! Mana nak cari duit?
Lalu abam kie abaikan dulu panggilan bertugas itu sehingga selesai konvokesyen pada Ogos 1997. Cadangnya lepas konvo tu nak buat rayuan di KPM Pusat Bandar Damansara dengan menggunakan kabel di sana. Tapi rayuan tu x dilayan. Huhuhuhu. Terpaksalah pergi juga ke Sabah. Pegawai KPM siap bagi tiket penerbangan ke Kota Kinabalu bertarikh 17 September 1997. Jadi abam kie cuma ada masa 1 minggu untuk bersiap.
Tiba hari yang dinantikan, abang ipar dan kakak menghantar abam kie ke Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Penerbangan ke KKIA mengambil masa 2 jam 30 minit. Sesampainya di balai ketibaan pada tengahari, abam kie terlihat placard tertera nama abam kie dan sekolah yang bakal abam kie pergi. Terus abam kie berjalan ke arah abang tu. Nama dia Rosleh Saneh, kerani kewangan SMK Majakir, Papar. Dia membawa abam kie menaiki keretanya bersama seorang lagi staff sekolah yang abam kie sudah lupa namanya. Dalam perjalanan tu abam kie tanya abg rosleh sama ada jauh lagi tak nak sampai ke sekolah tu. Dia kata kena seberang 5 batang sungai lagi. Huh! macam jauh tu. Rupa2nya dia bergurau aje. Jarak ke sekolah dari KKIA cuma 30 km.
Sampai di sekolah sesi pagi sudah tamat namun abam kie sempat berjumpa dengan pengetua untuk melapor diri. Selepas tu Rosleh membawa abam kie ke sebuah rumah teres di Taman Sinaran terletak di belakang Hospital Papar. Jadi untuk malam tu abam kie akan tidur bersendirian di rumah itu yang dilengkapi dengan perabot dan sebagainya. (fully furnished). Teman serumah x ada lagi.
Selepas Asar seorang guru di sekolah yg sama dan tinggal di taman yg sama mengajak abam kie ke pekan Papar untuk membeli barang dapur seperti gula, garam, teh, biskut kering dll. Dah lupa nama cikgu tu tapi dia berasal dari Pasir Puteh. Pada malam tu abam kie makan malam di rumahnya. Selepas Isyak baru la balik ke rumah sewa tu. Huh! Semalaman abam kie x boleh tidur sebab berpindah tempat tidur. Bukannya takut hantu, OK? Jiran di kiri tu cikgu India dan di kanan pula peniaga Cina.
Keesokan harinya abam kie menumpang kereta abe Pasir Puteh ke sekolah. Balik pun dengan dia sehinggalah cuti panjang akhir tahun berkenaan. Demikianlah pengalaman abam kie melapor diri sebagai guru di sekolah pertama tanggal 17 September 1997 iaitu dua dekad yang lampau. Jadi entri ini khusus untuk berkongsi pengalaman tersebut bagi meraikan genapnya 20 tahun abam kie di dalam dunia pendidikan. Sekian, terima kasih.
17 Comments
Kenangan lama memang seronok untuk diimbas... rasa rindu je kan... lama juga bang berbakti kepada anak bangsa.. semoga ilmu yang diberi bermanfaat kepada generasi akan datang....
ReplyDeletefuuhhhh ni dah level otai ni..semoga dapat terus berbakti kepada anak bangsa..
ReplyDeletePengalaman dah lama tu abam kie.. Ekin darjah 6 masa tu
ReplyDeletebest baca pengalaman abg kie.. next??
ReplyDeletetahniah..semoga terus berbakti kpd anak bangsa...
ReplyDeleteAlhamdulillah 20 tahun dah menabur bakti..menjadi pendidik..syukur..
ReplyDeleteKlu tk g, tk pnjt lg gunung tu key abe kie. Alhamdulillah. Aturan allah mmg comei
ReplyDeletewowo..menarik kalau baca pengalaman hidup nii
ReplyDeleteallhamdulillah... dh 20 thn mencurah keringat mendidik anak bangsa... berkat abam kie jd cikgu ni.... yg ptg jauh camana duk sabah last blk ke sarang jua.... hehe
ReplyDelete20 tahun sudah dalam mendidik anak bangsa
ReplyDeleteAlhamdulilah.. Moga sihat selalu abam kie
wowabam kie dah naik kinabalu. bestnyaaaa!!
ReplyDeleteTahniah abam.kie. dah 20 tahun ye.
ReplyDeletewah dah 20 tahun....mcm mcm pengalaman kan....
ReplyDeletewah dah 20 tahun...banyak pengalaman, indah pemandangan ye abam kie.
ReplyDeleteAssalamualaikum. datang menjenguk balik sini. wow.. thn 98 dah naik gunung kinabalu. tahun 98sy tgh amek upsr.. hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum. Wana singgah sini. Tq follow belog Wana. Wana dah follow belog ni. :)
ReplyDeleteAlhamdullilah. Banyak keberkatan menjadi pendidik anak bangsa
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.