Memang sedap. Itulah yang dapat abam kie nyatakan apabila menikmati ikan sardin kegemaran semasa kecil2 dulu. Sehingga era 80an, ikan sardine dalam tin dianggap sebagai makanan orang2 susah di kampong kerana harganya murah dan mudah didapati serta dimasak. Namun pada zaman sekarang, harga setin sardin melambung naik sehingga sukar dinikmati oleh golongan kelas bawahan. Kalau sardin cap ayam tu harga dekat RM8 manakala cap Marina tu hampir RM6. Ada la jenama2 ikan sardin yg lain tetapi rasanya tidak la sesedap dua jenama seperti dalam gambar ni.

Di cabinet dapur abam kie pasti ada dua jenis sardin di atas. Mengapa? Jawabnya sardin cap ayam tu memang turun-temurun dimakan oleh keluarga abam kie. Rasanya pun sedap dan sesuai dimakan dengan nasi. Kalau masak sardin cap ayam ni kena la tambah kicap manis cap kipas udang. Pasti menyelerakan!

Untuk membuat sandwich pula, abam kie cadangkan kawan2 menggunakan sardin cap Marina. Ia kurang sedap sikit daripada cap ayam jadi berbaloilah kalau dihancurkan sebagai inti sandwich. Cap ayam tu mahal, jadi kena makan dengan nasi aje. Kiranya sardin Marina ni menjadi kelas kedua la untuk kategori sardin. 

Macam2 jenama sardin yang ada di pasaran, namun abam kie dah serik nak membelinya kerana tidak sedap bila dimakan. Bab-bab makan ni memanglah kena makan yang sedap2 dan berkhasiat, sesuai dengan selera dan gaya hidup kita. Jadi kalau nak beli sardin, kawan2 seharusnya memilih dua jenama di atas. Pasti menyelerakan!