Seorang kawan mengadu kpd saya betapa tersiksa hidup bersuamikan perokok, menghidu asap rokok dalam rumah, dalam kereta, bahkan dlm bilik tidur menghidu bau badan dan mulut yg teruk sangat. Dia mengeluh hingga ke matikah dia harus melalui hal ini kerana suami perokok tegar yg tidak mahu mendengar nasihat.

Dia telah tersalah membuat keputusan dalam memilih suami. Saya teringat salah satu syarat tambahan yg dikenakan kpd bakal menantu saya adalah tidak merokok. Sebagaimana lelaki disarankan untuk memilih calon isteri yang solehah, wanita juga disarankan untuk memilih calon suami yang soleh. Nabi menyebut mereka yg memilih pasangan hanya main tangkap atau tertipu oleh pandangan pertama adalah mengundang celaka.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا ، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
 
“Umumnya wanita itu dinikahi kerana 4 pertimbangan: hartanya, nasabnya, parasnya, dan agamanya. Pilihlah yang memiliki agama, jika tidak kamu celaka.” (HR. Bukhari 5090, Muslim 3708, dan yang lainnya).

Semua orang berharap bila bernikah akan kekal hingga ke mati, hidup bersama, berkongsi segalanya. Bolehkan anda bertahan dengan suami yg mencemar udara di ruang rumah, kereta, bilik rehat, bilik tidur bahkan hingga ke tandas. Pencemaran udara ini mengancam anak-anak, mengancam bayi yg akan lahir meskipun mereka bukan perokok. Anak-anak yg terbiasa dgn asap rokok bapa akan mula ketagihkan rokok bila remaja yg membentuk keturunan merokok.

Bolehkah anda bertahan bau badan perokok, mulutnya, pakaiannya? Saya biasa melihat dan mengalami satu ketika dlm solat jamaah, tetiba seorang perokok tegar masuk bertakbirratulihram dlm saf, bau mulutnya, ya Allah! Sangat menusuk hidung, tak tertahan, lalu saya berubah kedudukan, begitu juga orang di sebelahnya. Sebab itu nabi melarang mereka yg makan bawang ke masjid. Itu baru bawang yg tidaklah sekuat mana baunya. Bau mulut perokok berpuluh-kali lebih teruk dan lebih lagilah dilarang ke masjid. Tak payah sembang sombong, jika ada perokok nak kata dia tak berbau mulutnya. Seorang isteri akan menghidu kebusukan ini seumur hidup! Hiiii, tak tau nak kata lagu mana.

Merokok semuanya merosakkan. Merosak persekitaran. Merosak diri, tunggulah masanya. Dan yg akan berkongsi menanggung kerosakan kesihatan ini ialah isteri yg kena membela suami yg bakal berpenyakit barah, jantung serta 1001 penyakit lagi. Silap langkah, si isteri pun sama kerana menumpang asap rokok suami.

Hakikatnya perokok makin dihalau ke sana sini menerusi tegahan dan larangan merokok. Suatu masa nanti mungkin tinggal tandas sahaja dibenarkan merokok. Tidakkah mereka terasa dibenci bagai anjing kurap yg dihalau sana sini, yg akhirnya dicerok longkang yg busuklah tempatnya, sama seperti perokok yg mencari tandas tempat syurga dunianya. Cheh!

Kepada yg nak memilih juga perokok sebagai suami diingatkan juga perokok tegar biasanya sangat tegar juga menerima nasihat terutama untuk meninggalkan rokok. Merokok itu haram, maka perbuatan haram itu berterusan. Jika dgn sebatang rokok pun sudah tewas keimanan mereka, kerana ketika manusia berbuat dosa,mereka tidak beriman, apa lagi dgn cubaan lain yg lebih besar! Perokok tegar juga adalah manusia yg mementingkan diri, tidak mempedulikan kepentingan anak isteri dan orang sekeliling.

Akhirnya, jika semua gadis menolak perokok sebagai suami, bila semua bapa menolak perokok sebagai calon menantu, bila semua majikan menetapkan syarat tidak merokok sebagai syarat diterima bekerja, barulah kempen anti merokok akan berjaya kerana 'ketegaqnya' orang kita menerima hakikat bahawa rokok itu memudaratkan. Kepada semua yg belum bersuami, fikirkan apa yg saya tulis ini, Apakah anda sanggup lalui hidup bersama perokok? Kpd para ibubapa, apakah sanggup anda lepaskan anak gadis yg dibela bagai menatang minyak yg penuh ke neraka penuh asap dan kebusukan sepanjang hidup? Kepada anda yg telah bersuamikan perokok, berikhtiarlah, berilah nasihat dan ingatan, suruh suami merenung mata anak-anak. Kepada perokok, jika anda rasa terhina dgn tulisan ini, berubahlah, bukan mencari alasan dan hujah untuk terus bertahan dgn merokok. Wallahua'lam. 

(Kongsi tulisan ini seluasnya sebagai satu kempen, satu nasihat dan sindiran kpd orang tertentu dan kpd awam.)

Sumber: Facebook Tuan Haji Abd Ghani bin Haron.