Wednesday, 16 August 2017

Apabila Allah Tidak Mengkehendaki Kita


Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari lahir kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat. Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya *Mati* itu benar, *Alam Kubur* itu benar, pertanyaan *Munkar dan Nakir* itu benar, *Mahsyar Allah* itu benar, *Syurga dan Neraka* itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

12 comments:

  1. Allahu semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah tidak mengkehendaki lagi tersebut.

    ReplyDelete
  2. MOGA KITA ALLAH CINTAI N XDISIBUKAN DGN PRKARA LAGHO

    ReplyDelete
  3. Sesibuk mana pun kita, jangan sampai Allah tidak menghendaki kita.
    Dunia dan akhirat kena seiring.

    ReplyDelete
  4. sesibuk mana pun kita, ingatlah Allah tak pernah leka seinci pun terhadap diri kita walau sesaat pun. Sebab tu apa yang kita buat hendaklah berpada-pada jangan melebih-lebih supaya kita masih igt kita ni kepunyaan siapa

    ReplyDelete
  5. Raih perhatian DIA..jangan sampai DIA tidak mahu dan berpaling daripada kita.

    ReplyDelete
  6. Betul. Kena bersyukur dgn APA yg Kita ada

    ReplyDelete
  7. Saya risau kalau ini boleh terjadi kepada saya,
    Thanks sharing this Abam.
    Semoga bermanfaat untk semua.

    ReplyDelete
  8. tanda hati kita sedang mengejar dunia dan lupa pada akhirat

    ReplyDelete
  9. Terima kasih di atas perkongsian..

    Peringatan yang sangat bagus..

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.