Assalamualaikum kepada semua rakan blogger yang dihormati sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa abam kie bakal menganjurkan satu lagi giveaway sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu abam kie ingin mempelawa rakan2 blogger yg berminat lagi dermawan untuk menjadi penaja 'Peraduan Saya Nak Duit Raya Oleh Abam Kie dan Sahabat' yang bakal dilancarkan pada 2 Jun 2017 dan berakhir dua minggu kemudian.

Syarat2 untuk menjadi penaja mudah sahaja:

1. Minima tajaan ialah RM20
2. Bakal peserta peraduan ini akan diwajibkan 'follow' blog dan Google Plus anda. Manakala follow Instagram adalah digalakkan kepada mereka yg ada akaun IG.
3. Maksima penaja yang dicari ialah 10 orang sahaja.
4. Jika anda berminat, sila hantarkan nama penuh, URL blog, emel dan no HP anda kepada 0129820100 atau zukidin@gmail.com pada atau sebelum 15 Mei 2017 (Isnin).

Semoga tawaran ini mendapat maklumbalas yang positif daripada rakan2 blogger yang dihormati sekalian. Ucapan jutaan terima kasih abam kie hulurkan. Semoga kerjasama dan persahabatan sesama blogger ini akan terus terjalin selama-lamanya. Aamiin...