Assalamualaikum. Pada hari ini abam kie ingin berkongsi tips penjagaan diri dan kediaman daripada gangguan makhluk halus. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.

 Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah sebab syaitan yg memecah-belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke dalam kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kebiasaannya di pintu².

 Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran di rumah.

 Gunakan semua bilik yg ada dalam rumah.

 Tutup tong sampah dan jangan biar sampah bertaburan spt tulang dll sbb itu semua makanan jin.

 Sebelum Maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk badan dan kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

 Angkat baju di ampaian sebelum Maghrib. Yang ini berkaitan dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan membasuh semula baju yg terhampar pada waktu Maghrib dan ke atas.

 Kalau orang yg tidur mengigau, sentuh dan kejut dia.

 Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak di bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

 Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu sebab pintu² yg saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus

 Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

 Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

 Elakkan duduk di pintu.

 Selalu² baca surah Al~Baqarah.

 Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

Sumber: Ustaz Syahidan KUIS

8 Comments

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.