Wednesday, 5 April 2017

Bertukar ke prabayar Digi Live

digi prepaid live

Assalamualaikum.

Dahulu Abe Kie guna talian pascabayar Celcom tetapi sejak gangguan perkhidmatan terjadi, abam kie berkira2 untuk beralih ke telco lain.  Siapa yg x bengang jika bila call org dia kata x boleh dengar apa yg abam kie ucapkan. Jika balik ke kampung di Machang dan Pasir Mas pulak cuma dpt isyarat EDGE je. Sebelum guna Celcom memang abam kie guna line Maxis. Maka apa kata kalau abam kie beralih ke Digi pula? Lalu pada cuti sekolah yang lalu abam kie berkunjung ke kedai telefon yg terdekat di Tanah Merah ni untuk membuat mobile number port in (MNP). Mula2 tu nak guna plan pascabayar Digi tetapi bila pohon x layak pulak! Cuma boleh pindah ke prbayar aje. Heran betul! Maka salesgirl tu menawarkan abam kie memilih plan prabayar Digi LiVe. Tak apalah...janji dapat beralih ke rangkaian Digi. 

Lalu salesgiril tu ceritakan kebaikan plan prabayar Digi Live ni. Meh baca apa yg best tentang Digi LiVe! 

1. 10GB PERCUMA Video dan Muzik penstriman kuota setiap bulan dimana abam kie akan mendapat 2.5GB Internet mingguan untuk menikmati YouTube, iflix, Spotify, Joox dan banyak aplikasi video dan muzik lain setiap hari, bila-bila masa. Faedah ini akan dinikmati sepanjang hayat!

2.  Percuma storan awan sebanyak 100GB untuk menyimpan segala foto dan video berharga di dalam hidup abam kie di Capture App. Yang bagusnya, tiada caj data untuk muat naik / muat turun.
 

3. Panggilan dan SMS kepada 6 orang rakan atau Buddyz secara PERCUMA. Rakan ini hendaklah pengguna Digi juga. Untuk Non-Buddyz ™, panggilan ditetapkan pada 30 sen / 60 saat.

4. Dapatkan diskaun sehingga 20% ke atas faedah eksklusif dan gaya hidup.

Kepada kawan2 yg nak beralih ke Digi boleh la mendapatkan pek permulaan Digi Prepaid LiVe dengan harga RM12.00 (termasuk GST). Pek ini dilengkapi dengan nilai pramuat RM8, Internet asas percuma sebanyak 500MB dan 300MB data internet pantas yang sah untuk 7 hari. Jika kawan2 muatturun app MyDigi, kita akan dapat kuota internet sebanyak 3GB yg diberikan untuk 3 bulan pertama iaitu 1GB sebulan.

Cuma yg x bestnya bab kadar panggilan yg mahal tu seperti di bawah:

 
30 sen / 60 saat
 
20 sen / SMS
 
50 sen / MMS

 Jadi apa lagi kawan2? Beralih ke Digi sekarang!

17 comments:

  1. lIEZ PUN DH LAMA NAK TUKAR.. TAPI KE CELCOM LA... MAXIS PUNYA PLAN MAHAL.. DAH GUNA DEKAT 15 TAHUN TAPI RASA MCM TAK BERBALOI DGN APA YANG DIBAYAR...

    ReplyDelete
  2. ok..blh buka group digi ni..hihi

    ReplyDelete
  3. macam best je ni, sha duk pakai maxis je sekarang.

    ReplyDelete
  4. Dulu PC guna Digi..sekarang dah tak..

    ReplyDelete
  5. kat brunei tak byk telco companies

    ReplyDelete
  6. Line celcom sekarang dah okay dah sejak diupgrade tapi depends jugak sbb ada kwsn yg tengah upgrade. Tak kira laa digi ke celcom. Atas area jugak. Lagipun dgr2 celcom xpax ada buat promosi raya.

    ReplyDelete
  7. Line celcom laa yg paling laju kat area kampung aku weii. Line telco lain slow ciput. Ada promosi lagi ke sekarang ni?

    ReplyDelete
  8. Aku nk 5G...... Byk tempat x ada lagi.. kena tunggu lagi>< Ish...Line celcom dulu ingat lagi ok juga. skrg mcm mana ye??

    ReplyDelete
  9. Yg masalah gangguan dah lama ke?? Aku pernah dengar dari kawan. Tapi sekejap je... mereka stay kat KL area. Rasanya byk tempat yg terkena dengan masalah in. Tapi rasanya kalau nk port lain telco rasanya byk keja.

    ReplyDelete
  10. Line celcom tu aku rasa depends atas kawasan jugak. Ada yg laju, ada yg slow jugak. Tapi yg raya xpax promosi tahun ni x best sngt. Tahun lepas lagi best rasanya. Setakat bagi lazada RM10 je pastu yg basic2 je x best laa.

    ReplyDelete
  11. Pastu bagi unlimited calls 10 number dan hi-speed whatsapp wechat je buat ape. Bagi laa freebies tu semua. Kalau bagi setakat 3 freebies je buat ape. Baik x payah bagi langsung.

    ReplyDelete
  12. Line Digi teruk sgt, asyik loading je... geramnya...

    ReplyDelete
  13. @jimallah tkk ~ Dah lama mcm tu ke?? Ko blh cuba tukar ke xpax... rasanya line mungkin baik sikit... Lagi2 skrg ada promo utk raya...

    ReplyDelete
  14. @Najla Adiba Betul tu... kerana tu.. kena check website dia... tempat ko coverage dia ok x. Eh RM10 byk org mesti nk juga... skrg kat office... selalu tengok org beli lazada barang... dulu semua pg shopping skrg.. semua online shopping... ko tengah guna x pax?

    ReplyDelete
  15. Banyak jugak freebies celcom xpax bagi masa promosi tahun ni. Tak mcm tahun lepas. Boleh laa nanti nak survey2 mana tahu tersubscribe pulak. lols

    ReplyDelete
  16. Atas kawasan jugak line laju ke slow kwsn tu . Kalau ada problem kena laa report kat celcom centre nnti dia upgrade settle laa masalah line tu.

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.