Monday, 3 April 2017

10 Tegahan dan Suruhan Semasa Menggunakan Media Sosial


Assalamualaikum! Memang kita tidak boleh lari dari menggunakan media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Telegram dan sebagainya. Tapi adakah selama ini kita menggunakan mereka untuk jalan kebaikan? Atau tanpa sedar kita menambah dosa sendiri kerana menggunakan mereka ke jalan keburukan? Sesi tazkirah ringkas kali ini bakal menyenaraikan 10 Tip Tegahan dan Suruhan Semasa Menggunakan Media Sosial. Hayatilah senarai suruhan dan tegahan yang telah Abam Kie kutip dari sekeping 'leaflet' Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. In Shaa Allah!

SURUHAN ✅
Like/Share/Comment

1. Hadis dan riwayat sahih.
2. Cerita betul dan bermanfaat.
3. Zikir, nasihat dan amalan yang baik.
4. Menceritakan kebaikan pasangan, ahli keluarga dan saudara Islam.
5. Laman web/blog/page Islamik dan artikel/ceramah/ soal jawab Islam.
6. Gambar grafik berunsur dakwah.
7. Komen positif menyeru persaudaraan dan perdamaian.
8. Memetik ayat Al-Quran, hadis, mutiara kata dan sebagainya.
9. Promosi majlis ilmu, sumbangan, wakaf dan derma.
10. Mengeratkan silaturahim.

TEGAHAN πŸ—·
Like/Share/Comment

1. Hadis dan riwayat palsu.
2. Cerita betul tetapi tidak bermanfaat.
3. Cerita karut, salah dan fitnah.
4. Memburukkan pasangan, ahli keluarga dan saudara seislam.
5. Laman web/blog/page lucah, tidak Islamik, ajaran sesat dan berkaitan maksiat.
6. Tag gambar lama yang mendedahkan aurat.
7. Komen negatif seperti perpecahan, adu domba, fitnah dan maki hamun.
8. Menyunting gambar individu tertentu dan mereka dialog yang mendatangkan fitnah.
9. Promosi maksiat dan buka aib sendiri.
10. Perhubungan lelaki dan wanita tanpa batasan.

11 comments:

  1. Perkongsian yang bagus. Peringatan untuk diri saya sendiri πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Bagus ada peringatan yang macam ni untuk kebaikan semua

    ReplyDelete
  3. Memg sepatutnya begitu...tq share

    ReplyDelete
  4. peringatan yang bagus untuk semua :D

    ReplyDelete
  5. Kalau hadis yang saya tak pasti, saya baca dan tak berbuat apa2 abam kie, sebab takut hadis palsu... setuju dengan abam kie... sekarang ni banyak benda salah kita nampak macam tak salah.... sebab benda salah dah jadi benda biasa kan...

    ReplyDelete
  6. Allahmdulilah ... terima kasih atas nasiha abam kie..In shaa Allah sama2 kita perbaiki

    ReplyDelete
  7. ini termasuk jua larangan buat meme lucu menggunakan real people yang tak tutup aurat..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ingatan dan semoga kita menjauhi apa yang ditegah..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Setuju..setuju...setuju...terima kasih peringatan dan perkongsian ini Cikgu AK.

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.