Wednesday, 8 March 2017

Where are your children now?


Abam Kie tertarik ulasan isu ini.. Baca tanpa prejudis. Di mana anak anda sekarang?

Sungguh tragis tragedi kematian 8 orang budak dilanggar kereta ketika berbasikal di jalan raya pada jam 3.30 pagi tanggal 18 Februari lalu.

Pukul 3.30 pagi di jalanraya?. Hurm. Tidak perlu rasanya mengulas kejadian ini. Apatah lagi menunding jari. Jadikan teladan pada kita semua yang masih hidup ni.

Teringat abam kie kira-kira 30 tahun dulu.

Seawal jam 6.30 petang anak-anak dah dikerah untuk pulang kerumah. Balik lewat sikit, siaplah. Kalau tak rotan, tali pinggang atau hanger mesti hinggap berbirat kat kaki

Pukul 7 dah wajib siap mandi, lepas tu makan dan bersiap-siap untuk solat dan mengaji atau ke surau. Balik mengaji atau surau jangan harap nak melencong mana-mana tanpa pengetahuan mak ayah. Anak-anak cukup takut dengan didikan ibu bapa mereka. Mengapa? Sebab dulu-dulu rotan, tali pinggang, hanger, paip semua mainan mak ayah je buat anak-anak mereka yang nakal.

Ibu bapa dulu-dulu cukup tegas. Tegas mereka terdidik buat anak-anak ketika mereka masih kecil lagi. Bukan dah besar baru nak bertegas dan rotan. Mengapa sekarang tak boleh bertegas dengan anak-anak?

+ Pukul 7 pun masih di padang
+ Pukul 8 malam masih ada di Cyber Cafe.
+ Pukul 10 malam pun kadang-kadang keluar
+ Di kawasan taman perumahan pula anak-anak kecil masih bermain basikal di hadapan rumah di jalan raya pd malam hari.

Sayang tidak semestinya memberikan kebebasan pada anak-anak. Rotan dan marah itu juga tanda sayang.

Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak. Kebebasan itu bagus, tetapi ketegasan itu perlu ada. Pantaulah anak-anak anda setiap masa.

Bak kata Sultan Johor, "Biarkan anak-anak menangis, jangan kita menangis.."

Sekarang.... Cuba lihat jam. Dan cuba lihat di mana anak anda sekarang? Anak-anak abam kie sudah tidur di dalam bilik masing2....

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat hari rabu
singgah sebentar here

Noor Azlan said...

Betul tu abam kie, mak bapak sekarang leka... biarkan... dah terjadi baru menyesal... tak semua ibu bapa tapi dah semakin ramai...

PeRdU cINta said...

Betul...setuju Cikgu...moga apa sahaja yang telah berlaku....ambil iktibar..

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam rabu..

HeNRieTTa JoSe said...

ank2 harus dpntau...sekitaran sekarang pun kurang selamat...

IK Tia said...

saya pun bakal dapat anak. benda macam ni cukup merisaukan saya.

Nour Adieb said...

umo dah angka 2 di depan ni pun masih kena marah kalau masih di luar time maghrib. even depan rumah ja

Uyul Rosli said...

Uyul pernah pergi ceramah, katanya didik anak perlu selaras dengan peredaran masa. zaman dulu mmg lain dengan zaman sekarang abam ki.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan