Monday, 6 March 2017

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar pancit lah, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu beli barang online lah, jodoh tak berpanjangan lah, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

REZEKI itu bukan sahaja jumlah angka duit semata-mata.

Kekadang kita lupa..

✔Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
✔Dapat kawan2 yang baik pun rezeki..
✔Dapat masyarakat sekeliling yang baik pun rezeki..
✔Kerja tak pressure pun rezeki..
✔Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..
Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kadang2..

Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

13 comments:

  1. Yup. Kadang2 kita lupa rezeki itu datang dari pelbagai bentuk :)

    ReplyDelete
  2. betoi tu abam kie.. rezeki tu dtg dalam pelbagai bentuk dan cara.. Kengkadang kite tak perasan.

    ReplyDelete
  3. betul apa yg cikgu kata...kebanyakan kita...fikir duit tu rezeki...tapi rezeki dtg dengan pelbagai bentuk...kita sihat walafiat pun rezeki juga...

    ReplyDelete
  4. Menarik entri ni... kadang-kadang kita lupa dengan apa yang telah kita dan cemburukan orang lain pula.. Subhanallah...

    ReplyDelete
  5. Bersyukur diatas segala kurniaan. Amin.

    ReplyDelete
  6. Betul dan setuju Cikgu AK...kerana orang sering menilai yang digelar rezeki itu yang hanya terlihat pada pandangan mata sahaja(kekayaan,kerja dll)...walhal nafas itu juga rezeki...kelopak mata yang boleh bergerak-gerak juga rezeki...

    ReplyDelete
  7. betul kadang kadang kita xsedar rezeki kita...

    ReplyDelete
  8. setuju sangat..kena percaya pada setiap rezeki yang Allah dah tetapkan..

    - Blog Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  9. betul, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. hati yang sentiasa gembira pun adalah rezeki allah.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.