Wednesday, 15 March 2017

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari


Tolong komen, tuan munsyi dan yg sewaktu dengannya...

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI*

Pembetulan : HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Keterangan : Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi? Kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turki, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA*

Pembetulan : MELEPASKAN BATOK DI TANGGA

Keterangan : Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. *MATA KERANJANG*

Pembetulan : MATA KE RANJANG

Keterangan : Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. *MERAH PADAM*

Pembetulan : MERAH PADMA

Keterangan : Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”). Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. *MENJOLOK MATA*

Pembetulan : MENCOLOK MATA

Keterangan : Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan). Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. *SALING TAK TUMPAH*

Pembetulan : SALIN TAK TUMPAH

Keterangan : SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4). Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

9 comments:

Ana Suhana said...

No 3-6 baru tau ni. Thanks for sharing.

nohas said...

lama sungguh tersilap, baru sekrg ku tahu..

pernah jumpa burung pegar kt tmn negara..

PeRdU cINta said...

Terima kasih Cikgu..PC pun dah lakukan kesilapan..sedari sekolah gitu bunyi dan sebutannya..maka hingga sekarang jugalah bentuknya..silap rupanya..

HeNRieTTa JoSe said...

banyak nak kena btulkan ni.....thanks for the share...

...in the swim... said...

Dengan keterangan dalam entry ini baru lah simpulan bahasa tersebut makes sense.

Apakah itu burung pegar?

Terima kasih.

Shaidatul Aireen said...

elsa tahu nombor 5 jeh yang salah ejaan. yang lain elsa ingatkan betul rupanya salah ye hakhak. thanks for sharing abam kie :)

http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/alexa-rank-blog-elsaalicious-1.html

Muhammad Khairuddin Lim said...

Tq ..berguna tu.

Mrs. A said...

Terima kasih atas perkongsian baru tahu ini.

Maknanya zaman Mrs. A sekolah dulu memang dah salahlah huhuhuuuu...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ohhh.. terima kasih. skrg dah sedari