Bulan lepas entah mengapa tangan abam ni gatal nak memohon kad kredit American Express. Sejak kecil lagi selalu menonton iklan Amex di TV, akhbar dan majalah. Pada masa tu terbayangkan kehebatan orang yang kaya-kaya je mampu memiliki kad caj American Express ni. Bila dah otai ni nak gak merasa memiliki kad tersebut.

Mula-mula tu kena memohon secara dalam talian di Maybank2U je. Taipkan segala butiran peribadi. Bila selesai sistem akan meminta kita memuatnaik dokumen sokongan iaitu salinan MyKad dan slip gaji terkini. Syarat nak pohon kad Amex ni pendapatan tahunan minima perlulah sekurang2nya RM60K.

Selepas 2 minggu menunggu kad yang diidami sampai ke rumah menerusi Poslaju. Bila dah dapat tu terus abam kie mengaktifkannya di M2U. Lepas tu set no pin sekali.

Rupa2nya kad Amex ni tak la banyak sangat keistimewaannya. Di bandar kecil ni supermarket x terima kad ni. Cuma stesen minyak je yang terima. Nilai mata ganjarannya ialah 1 mata bagi setiap ringgit yg dibelanjakan kecuali di Celcom iaitu 2X mata ganjaran.

Selain dari itu abam kie mendaftar perkhidmatan Amex Express Pay di mana kad Amex akan membayar semua bil utiliti seperti TNB, TM, ASTRO dan Celcom. Bila sampai penyata barulah abam kie membayar jumlah bil tu kepada Amex di M2U. Mudah kan? 

Antara kemudahan lain kad Amex ialah:

1. Tiada yuran tahunan seumur hidup.
2. Tiada caj berganda.
3. Kemudahan Pindah Baki.
4. Kemudahan Express AutoPay.
5. Tawaran hebat di seluruh dunia dengan American Express SELECTS.
6. Membeli-belah dalam talian di kedai global.
7. Kemudahan isian semula secara automatik Kad Zing Touch 'n Go Zing.

Jadi kepada kawan2 yg nak mencuba kad American Express ini bolehlah memohonnya di www.maybank2u.com.my.

Sekian. Terima kasih.
   

5 Comments

  1. BAGI YG BERMINAT BOLEH CUBA MILIKI KAD AMEX NI

    ReplyDelete
  2. nice info abam kie. macam menarik je :D

    ReplyDelete
  3. Abam kie rugi ambik yg ni sbb interest tinggi banding dgn bsn teachers kad. Interest plg rendah antara kad kredit. Boleh guna semua. Sistem kmpul mata pun ade :)

    ReplyDelete
  4. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.