Dua bulan yang lalu abam kie ada memesan telefon bimbit Samsung ET1200 di lazada.com. Mengapa abam kie nak sangat membeli HP cap ayam ni yg tiada kemudahan canggih? Sebenarnya HP ni digunakan untuk membuat panggilan dan SMS je. Ia juga digunakan sebagai backup atau sandaran jika telefon utama hilang atau rosak. Selain dari itu abam kie dapati HP cap ayam ni ada beberapa kelebihan. Pertama, baterinya tahan lama. Iyolah kan? Abam Kie guna untuk call dan SMS aje kan? Kadang2 tu 2 minggu baru dicaj. Kedua, HP ni ringan dan kecil menyebabkan ia mudah dibawa ke mana2. Dan mungkin juga menyebabkannya mudah hilang atau tercicir kan? Ketiga, harganya cuma RM78 termasuk Poslaju. Murah sekali kan?

Baiklah, kalau kawan2 nak mencari HP zaman dulu2 untuk dibuat sandaran boleh la membeli jenama ini. HP asas macam ni memang sukar didapati di kedai pada masa sekarang. Selamat mencuba.




4 Comments

  1. betul2.. unie pun ade spare hp mcmn ni juga..

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada lagi nuat kunci jam bangun pagi,, hii,, lagipun bateri tahan lama

    ReplyDelete
  3. Btol abam kie. Stuju. Skang kan smart phone kuat pkai bateri. Klau tkde backup power bank mmg seharian kat luar xckup la..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.