Rukun Nikah Islam:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Wanita
3. Wali
4. Saksi
5. Ijab Kabul

Rukun Nikah Bani Melayu:

1. Pelamin
2. Karoke
3. Bunga telur
4. Dulang
5. Hantaran
6. Barzanji
7. Qasidah
8. Geng selawat
9. Tepung tawar
10. Beras kunyit
11. Kek
12. Photoshoot selfie suami isteri
13. Upacara batal air sembahyang (Mazhab syafie ajar ke)
14. Berinai
15. Set persalinan pakaian
16. Jemput org ramai dgn niat agar dpt cover semula keborosan bila org hulur duit
17. Tok Kadi, pak imam masjid (dibayar upah)
18. Nikah dlm masjid sehingga tidak solat tahiyatul masjid
19. Upacara perarakan menyambut pengantin
20. Majlis dibuat 2 kali rumah pengantin perempuan dan lelaki
21. Pengapit, tukang kipas
22. Pengantin lelaki dan wanita duduk atas pelamin sambil di'touch up' makeup sambil ditatap oleh bukan mahram
23. Upacara bercumbuan selepas akad nikah meniru agama nasrani
24. Khemah bercampur lelaki dan wanita (ikhtilat)
25. Hak jalan org lain ditutup sdgkan Nabi s.a.w suruh berikan hak jalan utk org lain
26. Buat makan mengharapkan balasan agar cover semula kos bila org lain berikan wang
27. Akan dicari ustaz utk tentukan hari yg baik utk kahwin, utk tahu jodoh serasi atau tidak melalui tilikan nama, tarikh lahir pengantin sbgmana hindu jmpa sami sblm bernikah
28. Tok sheikh, pak imam akn baca doa bidaah dgn kisah palsu yg ada di buku contohnya; Ya Allah satukan pengantin ini sebagaimana Kau satukan Yusuf dan Zulaikha, Sulaiman dan Balqis
29. Lafaz nikah versi tok sheikh mula dibuat. Jika tiada NYA pun dikira tidak sah
30. Khutbatul hajat cara Nabi s.a.w tidak dibaca akan tetapi teks versi tok sheikh dibacakan.

Jika ada sila tambah...

Noted :
Sanggup mereka tangguhkan perkahwinan semata2 bpegang pd biar mati anak jgn mati adat.
Pasangan pengantin yg ingin berkahwin disusahkan oleh ahli keluarga dgn perkara2 dangkal ini semua.

Sanggup pula berhutang, alam perkahwinan selepasnya mreka tidak fikir. Selepas kahwin rumah tangga berantakan akibat dikelilingi oleh hutang semata2 follow adat yg merugikan diri yg agama Islam tidak pernah ajarkan.

Apa yg nabi s.a.w ajarkan cukup mudah, simple, padat tapi tidak mahu ikut. Rela adat dihidupkan, sunnah dimatikan.

Yang mana anda nampak mudah?
Cara Nabi s.a.w atau cara Bani Melayu kahwin?