Baru2 ini Abam Kie menebus mata ganjaran kad kredit Visa Platinum Maybank dengan pemacu DataTraveler® microDuo Flash Kingston. Mengapa abam kie nak sangat guna pemacu USB OTG ini? Pertama sekali ia memudahkan abam kie memindahkan fail2 dari telefon pintar ke komputer. Pemacu ini mempunyai kapasiti simpanan 32GB yg abam rasakan sudah cukup besar untuk dijadikan ruang simpanan bagi foto, muzik dan video. Pemacu ini mempunyai port USB dan microSD jadi mudah la nak cucuk ke mana2 hp dan PC. Bentuk pemacu OTG USB (On-The-Go)  Kingston 3.0 ini pulak sangat kecil jadi mudah dibawa ke mana2 dan mudah gak tercicir kan?

Sesuai untuk menyimpan fail besar semasa dalam perjalanan, DTDUO memberikan fungsi plug-and-play untuk tablet dan telefon pintar tanpa port microSD pada harga yang lebih rendah bagi setiap GB daripada simpanan dalaman (internal memory) pada peranti mudah alih.

Berkongsi fail besar antara peranti mudah alih adalah lebih mudah daripada menggunakan perkhidmatan awan dalam talian, dan tidak ada keperluan untuk kabel untuk memindahkan data antara peranti dan PC.

Pemacu USB 3.0 OTG Kingston ini sangat kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja, ditambah dengan reka bentuk anggun ia bakal melengkapkan mana-mana peranti mudah alih. Manakala penutup berputar melindungi penyambung microUSB daripada kerosakan. Pemacu DataTraveler microDuo Flash disokong oleh jaminan lima tahun,.

Jadi apa lagi kawan2? Belilah satu pemacu USB OTG ini untuk memindahkan fail dari HP ke laptop dan sebaliknya. Sekarang harganya semakin murah di Lazada. Kalau nak beli tu pastikan yg sokong USB 3.0 agar cepat pemindahan datanya. OK?