Assalamualaikum. Pada tahun 2016 ini Kejohanan Balapan dan Padang MSSD TM diteruskan juga dalam keadaan cuaca panas membara. Sepatutnya kejohanan ini dijalankan sebelum cuti pertengahan penggal pertama tetapi ditangguhkan pada 20 Mac 2016. Namun begitu pada saat2 akhir tarikh itu ditangguhkan kepada keesokan harinya sedangkan pasukan olahraga sekolah abam sudah bersedia bertolak ke lokasi kejohanan! Geram tul asyik menunda tarikh ni. Namun kejohanan itu berlangsung juga pada 21 Mac dengan mengambil beberapa langkah keselamatan sepeti acara bermula pada jam 8 pagi dan mesti berakhir tepat jam 11 pagi. Seterusnya acara disambung pada jam 4 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang! Lama betul kami berpanas di tengah padang.

Untuk kejohanan edisi ke8 ini sekolah abam kie menghantar 44 orang atlit dan 5 orang guru pengiring. Hmm...abam kie la yang menjadi chef de mission nya...Kejohanan kali ini berlangsung selama 4 hari. Dengan sedihnya sekolah abam menduduki tempat kelima keseluruhan, jatuh satu anak tangga. Kutipan pingat pula ialah 5 emas, 4 perak dan 7 gangsa sahaja. Tahun lepas dapat 6 emas. Kemerosotan ini berlaku kerana beberapa faktor sepeti kekurangan latihan dan atlit pelapis. Atlit2 yang mendapat pingat emas tu kebanyakannya berada di tingkatan 5. Selain dari itu, pelajar2 yang berkebolehan enggan menyertai pasukan olahraga kerana mereka lebih suka berborak di WhatsApp dan WeChat! Sedih dan geram betul..

Abam Kie berharap agar pasukan olahraga sekolah akan kembali mencapai kejayaan seperti masa2 lampau dimana kami pernah memungut 12 pingat emas dan menduduki naib johan MSSD. In Shaa Allah..