Friday, 12 December 2014

Membeli kelengkapan sekolah di Tesco Kota Bharu


Musim cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Kini ibubapa mula bersiap-sedia membeli kelengkapan anak-anak mereka termasuklah abe kie. Sengaja abe kie beli awal bagi mengelakkan kesesakan pada saat akhir. Kalau tengok duit dalam akaun tu memanglah tak berapa banyak namun demi anak2 segala kelengkapan persekolahan mesti disediakan juga. Nak tunggu bonus lambat lagi. Huhuhuhu...

Jadi pada 9 Disember yang lalu abe kie dan anak2 pergi ke Kota Bharu. Niat asalnya mahu sambut hari lahir ummi mereka yang ke 40 di restoran KFC tingkat bawah bangunan tempat dia bekerja. Selesai menjamu selera tak tahu nak gi mana. Tetiba terfikir nak singgah di Tesco untuk beli pakaian seragam dan kasut Yaya dan Lili. Iyolah, alang-alang dah mari KB singgah je la situ jap. Untuk Anis abe kie dah belikan sebelum cuti sekolah lagi.

Maka kami sekeluarga pun berangkat ke Tesco. Memang ada banyak jenama di Tesco. Tapi kali ini kami nak belikan yg lebih berkualiti utk anak2 kami. Maka jenama Canggih menjadi pilihan. Tambahan pula ia ada potongan 20%. Boleh la...Biarpun selepas less 20% abe kie rasa masih serupa dgn jenama biasa di Zon Ria dll. Bagi tiga pasang uniform dan sepasang kasut buat Yaya dan Lili kosnya hampir RM40. Barang2 lain kami akan beli di Tanah Merah atau Machang aje.

Setelah selesai shopping kami pulang ke Tanah Merah. Tu pun kena berhenti solat Asar di Tunjong, KB dan solat Maghrib di Kubang Batu, Pasir Mas. Rasanya kami sampai semasa azan Isyak.

Jadi kepada rakan2 blogger, adakah anda sudah membeli-belah kelengkapan sekolah anak2 utk tahun hadapan? 

7 comments:

  1. kira awal juga abe kie buat persediaan sekolah anak-anak, kami belum beli apa pun, banyaknya nak kena pikir, mana yg nak masuk ting 1, mana yg nak masuk ting 4, mana yg nak masuk ipta, adusss...

    ReplyDelete
  2. kira awal juga abe kie buat persediaan sekolah anak-anak, kami belum beli apa pun, banyaknya nak kena pikir, mana yg nak masuk ting 1, mana yg nak masuk ting 4, mana yg nak masuk ipta, adusss...

    ReplyDelete
  3. Belum lg Abe Kie..tgu minggu depan kut..

    ReplyDelete
  4. saya belum lagi. sebab anak saya baru 2 tahun. mungkin lagi 3 @ 4 tahun lagi akan mengalami pengalaman ini

    ReplyDelete
  5. murahnya ... my kakak anak 5 org nak sekolah . of coz lbh 1k kosnya ... ehem , muda lagi umminya ya ... heee

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... mmg waktu yg sesuai sgt utk siapkan segala persediaan.. klu lambat2 jadi kelam kabut nanti kan.. :)

    ReplyDelete
  7. Semasa saya bersekolah di Sabah dulu, ibu bapa saya tidak perlu bersusah payah membeli barang2 keperluan sekolah saya kerana semua pelajar di Sabah tanpa mengira status kewangan keluarga menerima baju sekolah, buku2 latihan, pen, pensel dan kasut sekolah daripada Yayasan Sabah secara percuma.

    ReplyDelete