Wednesday, 10 December 2014

KEMENANGAN DIPEROLEHI....TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN


Assalamualaikum. Artikel di bawah memang sangat menyedarkan abe kie. Rasanya tak perlu bergaduh dan bermasam muka dengan org di sekeliling kita kerana sudah jelas pergaduhan tidak membawa faedah kepada mereka yang menang apatah lagi yang kalah. Jom kita bermaafan?

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Justeru...baik jangan bergaduh...!

23 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim... rasanya dalam semua bentuk pergaduhan tersebut...pemenang sebenarnya adalah syaitan... betul dok?

    ReplyDelete
  2. Bersabar saja la nampaknya kan abah..aduhai

    ReplyDelete
  3. Gaduh2 ni permainan syaitan... syaitan suka sgt. T kasih atas peringatan ini Abe Kie..

    ReplyDelete
  4. betul tu..takyah bergaduh..wat dono je

    ReplyDelete
  5. Bergaduh tak menyelesaikan apa2..

    ReplyDelete
  6. oh saya setuju... marah perlu dipendam, kita pujuk diri yg sentiasa beritahu kepala kita yg kita kalah kerana mengalah tapi hakikatnya kita memperbaikki keadaan dengan cara diluar pemikiran kita

    ReplyDelete
  7. Betul tu....apalah ertinya kemenangan kalau perlu 'dibayar' dengan 'kekalahan' jangka panjang...
    Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Ana bersetuju... gaduh pun bila perlu jer... hehehe

    ReplyDelete
  9. abah kie. betul tu. mengalah tidak semestinya kalah

    ReplyDelete
  10. betul2 , tak perlulah bergaduh ni

    ReplyDelete
  11. Takmo gaduh2 ,peace no war is better:)

    ReplyDelete
  12. Tak nak gadoh2 tak nak bermasam muka....sama2 bersalaman...

    ReplyDelete
  13. Tak ada apa yang seronoknya jika bergaduh ni. Hanya menambah tension dan sakit hati sja sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. Betul Abeki.. tak guna menang jika kita kehilangan ...

    ReplyDelete
  15. kebenaran akan ku tegakkan biarpun orang akan menyisihkan.Tetapi kalau takat perkara remeh macam kat atas tu,janganlah sensitif sangat...

    saya sangat sensitif kalau orang mempertikaikan soal agama,sedangkan ilmu hanyalah sebutir jagung.

    ReplyDelete