Assalamualaikum,

Tarikh keramat 3 November 2014 sudah tiba apabila pelajar2 tingkatan lima akan mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Segala persiapan sudah dilakukan bagi tujuan tersebut. Guru-guru mengadakan kelas tambahan pada petang, malam dan hujung minggu. Kem kecemerlangan SPM juga diadakan dengan pengisian teknik menjawab dan bengkel pemantapan pemahaman subjek masing2.

Pada 3 November 2014 pelajar2 sudah sampai awal ke sekolah. Kemudian mereka berkumpul di Dataran Titah Paduka untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru Bahasa Melayu. Selepas itu Ustaz Marzuki membacakan doa sambil diaminkan oleh guru-guru, ibubapa dan murid-murid. Kemudian calon2 SPM bersalam-salaman dengan guru2 sebelum bergerak masuk ke dewan.


Sebagai Setiausaha Luar SPM abe kie sentiasa memastikan perjalanan SPM setiap tahun berjalan dengan lancar. Komunikasi dengan Ketua Pengawas sentiasa ada agar dia dan pengawas yang lain dapat berkhidmat dengan selesa di sekolah abe kie. Minum pagi disediakan kpd mereka dan sedikit cenderahati bakal diberikan kpd mereka sebelum tamat SPM pada 4 Disember nanti. In Sha Allah.