Assalamualaikum kepada kawan2 blogger sekalian. Sebelum terlupa, abe kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada kesalahan yang abe kie lakukan sepanjang tempoh menulis blog ini. 

Pada entri ini, abe kie ingin meluahkan kekesalan terhadap PTPTN yang menindas peminjam2nya. Tidak dinafikan ramai pelajar IPTA dan IPTS memerlukan pinjaman PTPTN bagi meneruskan kelangsungan pengajian di institusi masing-masing. Tetapi malangnya mereka terpaksa menanggung beban hutang selepas menamatkan pengajian. Lihatlah penyata PTPTN di atas, untuk 15 thn pembayaran balik (300 kali bayar). Perhatikan, setiap bulan debit interest RM65 = RM19,500. Pinjaman asal cuma RM26,000.

Jumlah yang perlu dibayar = RM45,000. Bunga yang dicajkan setiap bulan ialah 0.25%, setahun 3%. Senangnya kerajaan membuat perniagaan dengan rakyat!

I can say here that PTPTN is the government's legalised loan shark! Sepatutnya PTPTN ini membantu rakyat tetapi sebaliknya ia menggigit leher rakyat. Fikir-fikirkanlah. Sekian. Terima kasih....