Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin berkongsi tentang perumpamaan buah-buahan yang sangat menarik untuk dibaca. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua. Terima kasih.

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t judge a book by its cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu  jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

9 Comments

  1. dah lamer xdgr...teringat zaman skulah dlu....thanks for the share...

    ReplyDelete
  2. suka ayat tentang pokok pisang tu.hehehe.

    #klikklikIklanNuffnang.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing! Banyak rupanya falsafah berkaitan dgn buah ni.. Thanks for sharing.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. hebat sekali dady Zuki..terbaik..

    ReplyDelete
  5. hebat abah..terbaik perkongsian kali ni..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih abah. Sebagai renungan kehidupan seharian..:)

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang baik.
    Patutlah ustaz-ustaz selalu pesan didiklah anak-anak melihat kehebatan alam ciptaan Allah

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.