Assalamualaikum. Abe Kie mendapat artikel ini dari group Whatsapp SMACH90. Izinkan abe kie berkongsi cerita ini yang dirasakan sangat bermanfaat untuk bacaan kita semua.

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI 
LEPAS  ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.. Baca al Quran.. Umur dlm 70an..Duduk rumah dkt masjid..Rumah agam besar dan menarik..Hartanya di sana sini..Ada bangunan komersil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta.. Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...Belanja RM 20k d& baki RM50k, dia sedekah dan infaq..Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.. Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..Katanya malu..Saya minta 1 formula, dia berikan 10...Saya catat dan mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa.. Doa ibubapa adalah segala galanya.. Ia tiada hijab, terus termakbul.. Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia..Doakan mereka apabila telah tiada..
2. Jaga masa.. Ia datang dan berakhir.. Urus masa antara 5 waktu solat.. Atur kerja dgn sebaik cara..Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan.. Berada di masjid, sebelum azan.. Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
3. Berdoa dgn khusyuk..Berserah pada Allah dan bertawakallah.. Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
4. Namun begitu, kena lah berusaha.. Usaha pagi, ptg siang dan mlm.. Usahalah bersungguh2..Usaha bermula dgn berniat..Lepas itu buat, sampai dpt..Kalau tak dpt, usaha yg lain pula.. Adakan masa utk bacaAl-Quran.. Maka dia pun nasihatkan saya..

"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran."

Jadi jika membaca surahAl-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran.. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas.. Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
5. Jaga Kesihatan.. Banyakkan berjalan kaki..Banyakkan minum air masak atau air mineral.. Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target dan kena ada wawasan.. Ikat perut dan usah membazir..Makanan dan minuman mestilah dihabiskan.. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan.. Sentiasa lah belanja org mkn dan minum..Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu.. Apabila bersih masuk..Disitu kita akan temui ramai org susah.. Belanja mereka mkn dan minum..
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...Apabila dlm perjalanan, berhenti.. Carilah masjid.. Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..Malam, buang sampah sarap..Basuh pinggan mangkuk..Pastikan semua teratur sebelum tidur.. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak utk tuntut ilmu agama.. Boleh dgr org mengajar..Boleh juga baca kitab.. Lepas Isyak, buat kira2 untung dan rugi.. Siapkan bahan utk kerja esok hari..
8. Usah takut jumpa org..Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting.. Biar kita merangkak panjat bangunan.. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih.. Usah cakap sakit.. Apabila sakit, senyum.. Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga.. Siapakah dlm dunia ni yg tidak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina.. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
10. Niatkan mahu kaya.. Niatkan mahu bantu ramai org..Niat mahu jadi manusia berguna.. Niat itu macam tulis surat..Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah.. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu.. Maka tulis alamat betul2.. .

10 Comments

  1. asalam Abie...terbaik dan sangat terkesan dengan perkongsian ini. Marilah menghormati yang dah berumur/ tua dari kita

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bagus ni.. tersentuh hati mia ni.

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    ReplyDelete
  3. nak tambah lagi 1..
    banyakkan bersedekah..pasti untung bila dah berada di alam barzakh nanti.. :)

    http://www.mohdnasri.com

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg sgt baik harus berusaha cari kekayaan dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian cikgu..rasa kerdil sgt diri ini...

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik Cikgu kie

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.