Salam kepada sahabat Abe Kie yang dirahmati Allah sekalian. Rupa-rupanya solat yang kita lakukan 5 kali sehari ini boleh dikelaskan kepada 5 gred seperti berikut. Sila baca dengan teliti ye...

😩 Gred E
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.

 Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

 Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

😀 Gred B
Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.

 Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo.. Solat kita macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti. Jom muhasabah .