Salam.

Sebenarnya begitu berat untuk Abe Kie menaip entri ini tapi abe gagahi tangan ini untuk mengetuk papan kekunci netbook ini. Abe cuma ingin menyuarakan rasa tidak puas hati kepada blogger yang tidak berpegang janji kepada konsep segmen tambah follower n blogwalking yang dianjurkan oleh beberapa orang blogger famous. 

Abe ada menyertai satu segmen berkenaan pada bulan Mei lalu. Penganjur menggesa semua peserta agar saling blogwalking n follow blog2 yang menyertai segmen itu. Lalu Abe pun BW n follow 40 blog yang tersenarai. Ada 170 blog semuanya. Tapi biarlah Abe follow 40 yang pertama dulu. Selepas 2 hari cuma 4 blogger yang follow blog Abe. Terima kasih kepada blogger berkenaan. Abe fikir mungkin 36 blogger lain tu sibuk dengan tugas atau pengajian jadi Abe tunggu sehingga 3 minggu. Selepas 3 minggu namun mereka masih mendiamkan diri. Apa lagi, Abe terus unfollow blog mereka satu demi satu. Puas hati aku! Kalau x nak follow back blog aku x payah la join segmen sebegini. Buat orang sakit hati aje. 

Jadi nasihat Abe kepada blogger yang menyertai segmen sebegini pada masa hadapan agar patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh penganjur. Segmen tu dianjurkan agar kita dapat menambah follower sesama kita. Jadi kalau blogger tak tolong blogger, siapa lagi yang nak tolong kita? Orang berbudi kita berbahasa.... kalau orang buat baik pandai-pandai la ucap terima kasih samada secara perbuatan, perkataan atau wang ringgit. Siapa yang tak setuju dengan kenyataan Abe sila angkat tangan sekarang!

Terima kasih kepada semua follower blog Abe Kie setakat ini. I love you all....!!!! 

3 Comments

  1. ada kah puterijamu dale category sombong jugok ko abe kie? tego deh kalu puteri sombong.. :)

    ReplyDelete
  2. Bab follow memfollow, saya tunggu orang follow saya, atas prinsip "orang berbudi kita berbahasa" maka saya follow blog orang yang telah follow saya. Jika saya lihat orang yang pada awalnya follow blog saya tetapi selepas tempoh tertentu, orang itu unfollow blog saya maka saya juga melakukan perkara yang sama.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.