Para guru berasa amat bertuah kerana memiliki cuti yang lebih banyak berbanding dengan kakitangan awam yang lain kerana dalam setahun kami mendapat cuti persekolahan selama 11 minggu. Selain daripada itu kami layak memohon cuti rehat khas (CRK) sehingga 7 hari dalam setahun sekiranya ada keperluan mendesak seperi menghantar ibubapa ke hospital, menghantar anak-anak ke IPTA atau pun cuma mahu berehat di rumah.

Meskipun kami memperolehi cuti yang panjang, ini tidak bermakna kami tidak bekerja sepanjang cuti tersebut. Kerja tetap jalan cuma kami tidak perlu memakai pakaian rasmi bekerja dan pergi ke sekolah. Berikut adalah tugas Daddy semasa cuti sekolah yang hampir sampai ke penghujungnya ini.

1. Memeriksa skrip jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ini ialah tugas yang paling sukar dan menuntut banyak masa, tumpuan dan perahan otak dari para cikgu. Biasanya Daddy menanda kertas jawapan kelas yang lemah dahulu, barulah beransur-ansur menyemak kelas yang pandai. Ini bagi melajukan operasi menyemak.

2. Mengadakan kelas tambahan. Semua sekolah di Malaysia mengadakan kelas tambahan semasa cuti, tidak terkecuali sekolah Daddy. Cuma syukurlah kelas tambahan ini diadakan secara rasmi pada minggu kedua cuti biarpun ada guru-guru yang memaksa murid2 mereka datang pada minggu pertama. Kelas tambahan malam ditangguhkan kerana guru-guru pun perlu juga berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Di sekolah Daddy, kelas tambahan masa cuti diadakan pada sebelah pagi sahaja selama 4 jam.

3. Menghadiri majlis kenduri. Sudah semestinya ramai pengantin baru mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah kerana bagi memudahkan kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai menghadirinya. Jalanraya menghubungkan bandar-bandar di Kelantan penuh sesak dengan kenderaan yang ingin ke majlis kenduri. Pada 1 Jun lalu Daddy terperangkap dalam kesesakan jalanraya dari Machang ke Tanah Merah. Sesak teruk macam musim raya plak! Huh! Ramai sungguh orang nak mula mengawan musim cuti sekolah ini. Siaplah setahun dari sekarang dewan-dewan bersalin dipenuhi dengan bakal-bakal ibu muda yang pertama kali nak bersalin!

4. Mengemas rumah. Pada hari persekolahan Daddy tidak sempat nak mengemas rumah. Maka pada musim cuti ni Daddy akan membersihkan rumah, membuang segala barang lama yang tidak diperlukan seperti pakaian lama dan membeli stok baru makanan dan peralatan kegunaan harian.

5. Menjahit butang kemeja yang hampir tertanggal. Daddy dapati ada kemeja yang sudah hampur tertanggal butangnya maka operasi menjahit butang-butang itu perlu dilakukan segera. Seganlah pulak jika pakai kemeja tak ada butang. Kerja menjahit butang baju ni boleh dilakukan semasa menonton TV juga. Kan jimat masa? Sekarang ni kita kena bijak membuat multi-tasking, kan?

Akhir sekali itulah antara aktiviti yang Daddy lakukan semasa cuti sekolah ini. Akhir kata selamat kembali ke sekolah dan meneruskan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Sekian.

20 Comments

  1. 11 minggu ye? Lama tu. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Amin: 11 minggu dlm setahun

    ReplyDelete
  3. waaa, banyak kerja juga tu abe kie.. nama je cuti..tapi tetap ada tugas secara tak formalnya kan.. =)

    ReplyDelete
  4. tugas hakiki terus dijalankan walaupun bercuti.

    ReplyDelete
  5. 11 minggu bestnya. Tapi selalu juga saya dengar cikgu2 merungut terpaksa pergi krusus time cuti sekolah.

    ReplyDelete
  6. Mimie: meme byk pun..ni tinggal 3 compositions lag nak tanda...sebelum solat jumaat hari ini abe kie merdeka@ Syukur..

    ReplyDelete
  7. Shaiful: tepat sekali tu...once a teacher, forever a teacher..

    ReplyDelete
  8. JunAina: bg saya cuti akhir thn je yg best sbb x perlu fikir ttg kerja lg sbb budak2 dah abis exam SPM. kalu cuti2 yg lain tetap kena kerja.

    ReplyDelete
  9. Begitulah nasib cikgu yg mengajar kelas peperiksaan..tak mcm guru lain yg blh cuti sakan..tp sir lg untung sb kelas mula mggu ke-2 n tiada kelas mlm.. saya kelas mlm berjln seperti biasa n tambahan full 2 minggu.. terpaksa ganti kwn2 yg gi umrah sekali.

    ReplyDelete
  10. alwayz buzy.. but dont be sad.. just cheer alway.. ok.. =)

    ReplyDelete
  11. Cik Gee: teruk betul GB sek u tu..dia tak faham jiwa cikgu2 ke? kita pun nak rehat n gi jln2 gak. nampaknya budak2 upsr lebih kuat dikerah belajar dari budak2 spm...

    ReplyDelete
  12. tenku" tgh menceriakan dirilah ni. heheheh

    ReplyDelete
  13. Tugas seorang guru nampak macam mudah, tp sebenarnya susah juga ya.

    ReplyDelete
  14. Teena: yes..org nampak cikgu kerja rasmi sekerat hari n cuti byk. sebenarnya guru keja 24 jam..

    ReplyDelete
  15. Itulah hakikatnya..diluah mati mak..di telan mati bapa..tp kita bknnya robot.

    ReplyDelete
  16. Cik Gee: sabar je lah. GB nak prestasi cemerlang dgn memerah keringat cikgu2..bila peratus exam naik dia yg dpt nama..kita hanya puashati aje. huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. 11 minggu bestnya..seronok jd cikgu sbb bnyak cuti =)

    ReplyDelete
  18. hmmm..ada betulnya cakap kak nah tu. tp biasanya masa cuti kami guru kena bekerja gak..ada kelas tambahan dll.

    ReplyDelete
  19. Haha...lawok bab butang tu abe kie..hihi

    ReplyDelete
  20. @cikgu Naman: mana butang baju aku Pah?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.