Semasa pulang dari sekolah tadi aku sempat memerhatikan bilangan kereta yang banyak di sepanjang Pejabat Pos Tanah Merah. Oh! Barulah aku perasan kerana bermula hari ini orang ramai boleh menyemak dan mengeluarkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera. Berduyun-duyun orang dari segenap rantau daerah ini datang ke pejabat pos, Maybank, CIMB dan RHB bagi melakukan aktiviti ini. Aku rasa mereka ialah orang-orang miskin yang mendapat bantuan modal pokok untuk menabung di dalam ASB dan mereka yang meminjam dari bank semata-mata untuk melabur di dalam skim ASB ini. Mereka hanya boleh mengeluarkan dividen tetapi tidak modalnya. Bagi aku yang menabung sekali-sekala rasanya tak perlu bersesak-sesak di pejabat pos kerana duit tu memang ada. Tak hilang ke mana-mana pun. Banyak sumber kewangan lain yang boleh aku cari. Biasanya aku pergi memeriksa baki buku ASB kami sekeluarga pada bulan Februari iaitu apabila keadaan traffik di bank dan pejabat pos sudah normal.

Jadi kepada kawan-kawan yang terdesak menggunakan duit maka cepat-cepatlah pergi ambik dividen ASB sebelum duit itu kehabisan! Pada tahun 2012, dividen dan bonus untuk ASB ialah 6.75% dan 1.15% manakala dividen ASN pula pada kadar 6.30%. Bagi aku duit bonus bulan Disember lalu pun belum habis. Yang bulan Januari ni pun akan dapat sebelum Maulidurrasul. Menabunglah agar kita tidak sengsara dikemudian hari...