Setelah bercuti hampit 7 minggu maka kini sesi persekolahan bagi tahun 2013 akan dibuka. Aku dan anak-anak sudah membuat persediaan sedari awal cuti lagi kerana kami tidak mahu terburu-buru membuat persiapan terakhir.

Sesi persekolahan tahun 2013 bagiku dimulai dengan sesi mesyuarat guru, kurikulum dan panitia yang diadakan pada 26 dan 27 Dis lalu. Sebaik sahaja menerima Buku Pengurusan Sekolah 2013 perkara pertama yang kami, guru-guru lihat ialah senarai tugas yang kami terima. Syukurlah pada tahun depan bebanan tugasku sama seperti tahun 2012 dimana aku memegang tugas sebagai Setiausaha SPM, Pengurus Pasukan Olahraga Sekolah, Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris dan beberapa tugas kecil lagi. Jumlah waktu mengajar aku ialah 21 manakala rakan-rakan aku yang lain dalam Panitia BI kena mengajar sebanyak 25 dan 26 masa. Ini sangat banyak berbanding dengan guru-guru subjek BM, Sejarah dan lain-lain. Tapi kami tidak kisah kerana kami diberi elaun BISP sebanyak 5% biarpun elaun ini juga dikenakan cukai pendapatan nanti.

Anak sulungku, Anis akan memulakan pelajaran di Tahun 4 dan dia bakal bergelar pustakawan nanti. Aku sudah membeli 3 pasang uniform untuknya. Nampaknya dia amat bersemangat untuk memulakan tugas barunya itu. Manakala anak keduaku, Alis akan memasuki Tahun 1 di sekolah yang sama dengan kakaknya. Anak aku yang kedua ini tidak sepandai kakaknya kerana dia masih merangkak-rangkak untuk membaca. Tapi aku berharap guru-gurunya nanti dapat membimbingnya sebaik mungkin. Akhir sekali, anakku yang ketiga, Alin akan terus belajar di tadika untuk tahun terakhir sebelum mengikuti jejak langkah dua kakaknya pada tahun 2014.

Apa yang aku harapkan menjelang sesi persekolahan 2013 yang bermula 1 Januari 2013 nanti, aku akan menjadi lebih produktif dan cekap dalam bidang tugasku mendidik pelajar-pelajarku dalam semua bidang sama ada di luar apatah lagi di dalam bilik darjah. Segala ilmu yang aku miliki akan dicurahkan kepada mereka agar menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah....

19 Comments

  1. selamat menyambut persekolahan 2013, dah lengkap semua si ayuh ke sekolah. kemarin kami ada meeting Cikgu daddy

    ReplyDelete
  2. @etuza: Thanks abe etuza...tadi je baru gi daftar anak kedua tu utk thn 1. dpt beg angry bird ehsan dari Ketua UMNO Bahagian. Thanks..

    ReplyDelete
  3. whh , cikgu BI . hehe . mun suka BI . teringat kat cikgu BI mun yang tak pernah penat lelah ajar kan mun BI dan cari bahan untuk mun . :)

    semangat anak anak cikgu nak pegi sekolah . ehehe . selamat bersekolah yew cikgu ,

    ReplyDelete
  4. anak maza no. 2 masuk tahun 1..
    moga2 mereka semua sukses.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Happy new school year. 2014 will be my eldest's turn to be in Standard One. :)

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  6. @CikMunBlogger: sy rasa cikgu2 TESL ni open-minded n liberal sikit dlm penampilan n pergaulan sbb tu la org lain tengok semcm aje. Tp sebenarnya kami serba sederhana aje..meme semangat la sbb thn dpn nak masuk darjah 1..

    ReplyDelete
  7. @maza: bila gi antar anak2 ke sek ni teringat zaman kita dulu2 kan? first day at school...nostalgia tul.

    ReplyDelete
  8. Alisya pun dah tak sbr nak ke preschool....

    ReplyDelete
  9. Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

    ReplyDelete
  10. @Haslina: I bet you and your hubby are still young...So how do u find school this yr?

    ReplyDelete
  11. @Eyriqazz: how is your girl?

    ReplyDelete
  12. wah rindu rasa nak kembali ke zaman persekolahan.. exited je rasa bila hari pertama persekolahan setelah sebulan bercuti, ni nak ucap, selamat menjalani sesi persekolahan tahun 2013 untuk anak-anak tu

    ReplyDelete
  13. I will be 47 this April, not considered young dah tu. I married late.
    First day of school, a bit havoc in the first period because of the heavy rain and three classrooms were flooded.

    ReplyDelete
  14. @nazray: thanks for your comment and wishes. memang la kalau diingatkan masa2 kita mula masuk sekolah dulu sgt mengasyikkan hati dan perasaan.

    ReplyDelete
  15. @Haslina: What a pity. I hope the water level has receded by now. It's not too old to enjoy your married life!

    ReplyDelete
  16. @Hanif: happy new year..may this year bring you more joys and happiness! keep in touch and happy blogging!

    ReplyDelete
  17. happy new year & all the best for 2013 yek

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.