Lawatan Pertama Mirul ke Kelantan
Assalamualaikum. Pada 1 September lalu, teman lelaki anak Abe Kie iaitu Lili datang ke Tanah Rumah. Nama budak lelaki ini Amirul berusia 20 tahun (sebaya dengan Lili). Dia tinggal di Gombak, Selangor. Dulu mereka pernah berjumpa bila Lili ke rumah bapa dan ibu saudaranya di Kuala Lumpur. Amirul ini anak yatim. Bapanya meninggal kerana kanser paru-paru pada Ramadhan lepas. Dia bekerja sebagai Grab rider. Kadang-kala dia membantu kakaknya di kedai kosmetik.
Pada keesokan harinya Abe Kie mengajak Mirul bersarapan di sebuah restoran mamak. Kami makan roti canai dan teh tarik sahaja. Lili adalah anak kedua Abam Kie. Dia yang paling gemuk antara adik-beradiknya. Mungkin ikut genetik sebelah mummy dia kot? Sebab family Abe Kie slim2 je.
Pada hari ketiga Abe Kie mengajak Mirul berkebun di belakang rumah. Tak ajak pun, tapi dia yang menawarkan diri. Jadi Abe Kie minta tolong dia menanam anak-anak pokok yang baru sampai dari Shopee.
Kemudian dia tolong Abe Kie mencantas pokok2 serai dan membersihkannya. Apalah nasib pokok-pokok serai ni x subur sangat sebab tak cukup zat.




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

11 Comments
Baiknya Abe Kie layan Mirul sepanjang dia di Kelantan. Kira dah bagi green light la ni utk ke fasa seterusnya? 🤭 Aduh, klu Lili baca komen Abe Kie pasal fizikal dia, dia tak kecik hati ke? 😅
ReplyDeleteMacam bau² nasi minyak ni Cg :D
ReplyDeleteBagus layanan Cg sekeluarga utk Mirul.
Manis juga kunjungan pertama Amirul ke Tanah Merah, siap Abe Kie beri cenderahati sebelum dia pulang. 😊 Semoga hubungan Lili dan Amirul sentiasa baik, dan ada rezeki dia datang berkunjung lagi tahun hadapan.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki dan jodoh utk mereka di masa mendatang. Cikgu ada imej bakal bapa mertua yg sporting & penyayang. 👍
ReplyDeletealhamdulillah pertemuan bermakna menjalin silaturahim
ReplyDeleteJadi keluarga dah tu Abam Kie, jadi kawan, silap2 jadi menantu tu wak..hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat bertemu menjalinkan silaturahim. Semoga ada rezeki untuk ke jinjang pelamin. Untung Amirul bakal bapa mertua sporting
ReplyDeleteRajin bakal menantu abe kie menolong tanam serai.
ReplyDeletewahhhhh ehemmmm bakal menantu ke ni
ReplyDeletejgn lupa jemput kami
bolehlah bertandang ke sana naik ECRL nnt hehehe
calon menantu ni.. rajin membantu bakal pak mertua
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga berjodohlah ye.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.