Anak-anak...


Tak kisah korang baru nak daftar masuk universiti, kolej atau politeknik.


Ada beberapa benda yang saya harap korang ingat sepanjang perjalanan ni.


Pertama.


Kalau cuti cuma 3–4 hari, dan rumah jauh berbeza negeri... tak semestinya kena balik.


Saya tahu rindu rumah.


Tapi ingat balik pesan mak ayah...


"Jimat-jimat pakai duit."


Kos perjalanan tu bukan murah. Kadang duit yang dijimatkan tu lebih berguna untuk makan, beli buku atau simpan bila ada kecemasan.


Kedua.


Jangan ukur hidup dengan kehidupan kawan.


Akan ada yang datang dengan kereta sendiri, motor sendiri, duit belanja yang banyak.


Rezeki setiap keluarga tak sama.


Tak perlu paksa diri nak ikut gaya hidup orang lain semata-mata nak nampak setaraf.


Hidup ikut kemampuan bukan bermaksud kalah.


Itu tanda korang matang.


Ketiga.


Pilih kawan dengan bijak.


Kawan boleh tarik kita naik.


Kawan juga boleh tarik kita jatuh.


Cari yang rajin ke kelas, yang ada disiplin, yang saling mengingatkan bila kita lalai.


Korang datang ke sana untuk membina masa depan, bukan sekadar membina circle.


Keempat.


Bila belajar tinggi, jangan sampai rasa diri lebih tinggi daripada keluarga.


Ilmu sepatutnya menjadikan kita lebih rendah hati, bukan lebih ego.


Bila balik rumah...


Peluk mak.


Salam ayah.


Hormati adik-beradik.


Sebab tanpa doa dan pengorbanan mereka, mungkin korang tak sampai ke tempat yang korang berdiri hari ini.


Kelima.


Akan ada orang ajak cuba macam-macam.


"Sekali je."


"Tak apa lah."


"Semua orang buat."


Percayalah...


Ramai yang rosak bukan sebab benda besar.


Tapi sebab satu keputusan kecil yang disangka tak memberi kesan.


Jaga diri.


Jaga maruah.


Jaga masa depan.


Akhir sekali...


Yakin pada diri.


Belajar bezakan mana yang baik, mana yang buruk.


Cari mentor yang boleh membimbing, bukan yang mengambil kesempatan.


Kenal senior yang ikhlas membantu, bukan yang seronok melihat orang lain tersungkur.


Perjalanan ini baru bermula.


Nanti akan ada cabaran baru, bila mula duduk luar, urus duit sendiri, urus hidup sendiri.


Semoga waktu itu nanti, korang dah cukup kuat untuk buat keputusan yang betul.


Mak ayah mungkin tak selalu cakap semua benda ni.


Bukan sebab mereka tak peduli.


Tapi kadang-kadang...


Mereka terlalu sayang, sampai tak tahu macam mana nak luahkan.


Semoga Allah pelihara setiap langkah anak-anak yang keluar rumah demi mencari ilmu.


Belajarlah bersungguh-sungguh.


Kerana di rumah, ada dua insan yang tak pernah berhenti mendoakan kejayaan korang.


Ahmad Idham 

-Missing my princesses-