Persediaan 3 ke 5 Tahun Sebelum Bersara
1. Selesaikan Hutang
✅Hutang Kad Kredit.
✅Hutang Pinjaman Peribadi
✅Hutang Kereta
✅Hutang rumah tempat tinggal
❌Hutang hartanah yang disewakan boleh dikecualikan kerana tidak mengganggu aliran tunai.
2. Bina Dana Persaraan
✅Dana Kecemasan (ASB/TH) sehingga 24 bulan perbelanjaan asas.
✅Skim Persaraan Swasta (PRS)
✅Terus mencarum dalam KWSP
✅Simpanan emas sehingga 300gram atau 10-20% daripada portfolio kewangan.
✅Saham berkualiti tidak lebih dari 10-20% daripada portfolio.
✅Sewaan rumah/ tanah (jika ada)
Matlamat:
Pendapatan pasif sebaiknya 70-80% daripada gaji terakhir. Bagi penjawat awam yang ada pencen macam saya, 30-40% daripada gaji akhir sudah memadai.
3. Penjagaan Kesihatan
Ramai pesara berkata:
"Saya ada wang, tetapi kesihatan tidak mengizinkan."
Mulakan sekarang:
✅Pemeriksaan kesihatan secara berkala
✅Jaga Pemakanan. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat
✅Kawal berat badan
✅Berjalan 30 minit sehari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
✅Tidur mencukupi
✅Kawal stress. Fokus hidup tenang dan banyakkan doa.
Kesihatan adalah aset kita yang paling berharga.
4. Persediaan Emosi
Sesetengah pesara mengalami "kejutan persaraan" kerana hilang jawatan dan rutin kerja serta hilang pengaruh dan kuasa.
Mulalah bertanya kepada diri:
✅Siapa saya selepas bersara? Selalu ingatkan diri kita bukan siapa-siapa, hanya hamba Allah yang sementara.
✅Apa aktiviti selepas bersara yang memberi makna kepada hidup?
5. Persediaan Rohani
Pesara yang bahagia mempunyai tujuan hidup yang jelas:
✅Tetapkan sasaran khatam al-Quran
✅Kelas pengajian agama
✅Aktiviti masjid
✅Sedekah jariah
✅Program umrah atau ziarah ilmu
✅Haji (jika masih belum)
Semoga bermanfaat kepada semua yang membaca, terutama diri saya sendiri.
.






3 Comments
saya dah bole start sekarang ni..
ReplyDeleteya sediakan payung sebelum hujan
ReplyDeletePerkongsian panduan persaraan yang sangat mantap dan lengkap! Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah, dihindari daripada sebarang kesusahan kewangan, dan sentiasa dipelihara kesihatan fizikal serta rohani. Semoga Abam Kie dan kita semua dikurniakan pengakhiran persaraan yang tenang, bahagia, dan husnul khatimah.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.