Dulu bersungguh nak mansuh sekolah cina. Sekali, nohh Rokiahhh. Sekali tahun ni, 40,000 budak Melayu masuk SJKC... 

Pelik juga kan. 

Ramai yang cadang dulu hapuskan sekolah vernakular macam SJKC atau SJKT. 

Sebab nak samakan pendidikan, perpaduan dan lain-lain la. 

Tapi, orang Melayu juga makin ramai masuk. 

Pelik tak? 


#Ceritera1 

Menurut data rasmi pendedahan Menteri Pendidikan di Parlimen baru-baru ini, jumlah anak Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau SJKC bukan semakin berkurang.

Sebaliknya, dah makin melonjak dengan konsisten setiap tahun.

Pada tahun 2024, seramai 39,373 murid Melayu didaftarkan, mewakili lapan perpuluhan kosong tiga peratus daripada jumlah keseluruhan murid SJKC.

Masuk tahun 2025, angka ini naik kepada 40,035 orang.

Dan yang paling mengejutkan, setakat bulan Mei tahun 2026, jumlahnya terus meroket kepada 41,133 murid.


#Ceritera2 

Bayangkan, belum sampai separuh tahun 2026, pendaftaran sudah melonjak naik,

dan kini anak Melayu mewakili sembilan perpuluhan kosong satu peratus populasi pelajar di sekolah vernakular Cina.

Kenapa fenomena ini berlaku?

Adakah ada konspirasi untuk menguasai SJKC? 

Cewah... Ok itu gurau. 

Cuma adakah ibu bapa yang Melayu tak percaya sekolah kebangsaan? 

Tidak.. Tidak.. 

Bukan soal tidak percaya, tetapi ini soal survival, kelangsungan masa depan dan realiti dunia pekerjaan.


#Ceritera3 

Ibu bapa hari ini, kita kata agak pragmatik dan bijak menilai.

✅Pertama, faktor kelebihan ekonomi dan bahasa. 

Kita tidak boleh menafikan bahawa penguasaan bahasa Mandarin adalah tiket emas dalam pasaran kerja antarabangsa.

Ia bukan lagi sekadar bahasa komunikasi ibunda satu kaum, tetapi bahasa ekonomi global.

Anak yang fasih berbahasa Mandarin mempunyai kelebihan besar apabila berdepan syarikat multinasional kelak.

✅Kedua, fokus akademik dan disiplin yang tinggi. 

Sistem pembelajaran di SJKC terkenal dengan jadual yang padat dan ketegasan.

Guru-guru di sana dilihat sangat fokus kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dalam kelas, berbanding disibukkan dengan terlalu banyak program sampingan yang kadang-kala meletihkan pendidik dan pelajar.

Kita terpaksa akui, kadang-kala cikgu di sekolah biasa terlalu diberatkan dengan tugas yang bukan mengajar. 

✅Ketiga, penguasaan subjek teras.

Pendekatan SJKC dalam mendidik subjek kritikal seperti Sains dan Matematik terbukti sangat berkesan.

Mereka melatih murid untuk membina pemahaman konsep, bukan sekadar menghafal teknik untuk lulus peperiksaan.

Ini melahirkan anak-anak yang mampu berfikir di luar kotak, kritis dan berdikari.

✅Keempat, sokongan fasiliti dan kewangan PIBG yang sangat kukuh.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru di SJKC biasanya mempunyai dana yang sihat hasil sumbangan komuniti yang komited.

Duit yang disumbangkan terus nampak hasilnya pada proses naik taraf kemudahan kelas, pendingin hawa, tandas dan keselesaan optimum untuk pelajar belajar.


#Ceritera4 

Dengan peratusan pelajar Melayu yang semakin menghampiri sepuluh peratus, institusi ini tidak lagi menjadi ruang eksklusif untuk satu bangsa. 

Ibu bapa Melayu yang berbondong-bondong menghantar anak ke sana kadang bukanlah mereka kurang semangat patriotik.

Mereka cuma bersikap realistik, sebab nak anak belajar dan masa depan lebih cerah dengan tambahan bahasa mandarin. 

Ada ke kawan-kawan yang hantar anak mereka ke SJKC? 

Ok kah?