Pengalaman Abe Kie Memohon Kad Atome Visa
Pengalaman Abe Kie Memohon Kad Atome Visa
(Mudah, pantas & semuanya boleh dibuat guna telefon pintar sahaja!)
Zaman sekarang ni, ramai orang nak kad yang mudah digunakan tetapi pada masa sama boleh bantu kawal aliran tunai. Jadi baru-baru ini Abe Kie cuba mohon kad Atome Financial Malaysia� — dan memang mudah gila proses dia. Tak perlu pergi bank. Tak perlu isi borang tebal-tebal macam nak pinjam duit beli kapal selam. 😆
Semua proses cuma guna HP sahaja.
Mula-mula Abe Kie download aplikasi Atome, daftar akaun dan isi maklumat asas. Proses pengesahan pun cepat. Tidaklah sampai kena tunggu musim durian baru ada jawapan. Selepas permohonan diluluskan, terus dapat kad virtual Visa.
Yang bestnya, kad virtual tu terus boleh digunakan untuk pembelian online atau tambah ke e-wallet tertentu. Memang praktikal untuk orang yang banyak urusan digital sekarang.
Lepas tu, dalam aplikasi juga kita boleh mohon kad fizikal Visa pula. Tak perlu call sesiapa. Tak perlu pergi mana-mana cawangan. Tekan-tekan sikit dalam app, settle.
Abe Kie ingatkan lambat juga nak sampai sebab biasanya kad fizikal ni makan masa. Rupanya dalam sekitar 10 hari bekerja, kad dah selamat sampai ke rumah. Packaging pun kemas dan nampak premium.
Apa yang menarik tentang kad Atome Visa ni ialah konsep dia lebih kurang macam kad caj American Express dulu-dulu. Kita boleh guna konsep Buy Now Pay Later (BNPL). Maksudnya beli dulu, kemudian bayar bila cukup bulan.
Selain itu, setiap kali guna kad ni untuk transaksi tertentu, pengguna juga boleh kumpul point ganjaran. Haa… bab ni memang syok sikit. 😄
Point yang terkumpul tu nanti boleh ditebus dengan pelbagai ganjaran seperti:
baucer membeli-belah,
diskaun,
reward menarik,
malah ada juga barangan tertentu ikut kempen semasa.
Kiranya sambil berbelanja, sambil kumpul point. Macam main game juga… cuma jangan sampai terlebih “excited” swipe sana sini. 🤣
Namun begitu…
Bab ni paling penting.
Kalau dah guna, kena disiplin bayar semula ikut tempoh yang ditetapkan. Jangan bertangguh dan jangan buat-buat lupa. Kalau lewat bayar, memang boleh dikenakan caj atau faedah tertentu. Masa tu mulalah ramai salahkan sistem sedangkan diri sendiri shopping macam anak datuk tiap malam. 😅
Bagi Abe Kie, kad macam ni sebenarnya sangat membantu kalau digunakan dengan bijak dan berhemah. Contohnya:
urusan kecemasan,
beli barang keperluan,
tempah hotel,
beli tiket,
atau asingkan komitmen bulanan dengan lebih tersusun.
Abe Kie sendiri guna kad Atome ni secara sederhana sahaja. Bukan guna untuk menunjuk kaya. Kad ni alat kewangan… bukan lesen nak hidup mewah hujung bulan makan maggi sambil tengok baki akaun tinggal RM4.30. 🤭
Pendek kata, untuk siapa yang mahu kad digital moden yang mudah dipohon dan cepat digunakan, Atome Visa ni memang antara pilihan yang menarik untuk dicuba.
Asalkan ingat satu benda:
Guna bijak, bayar tepat pada masa. 👍






0 Comments
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.