Tips Isi UPU
Ini semua cerita UPU sahaja, tidak termasuk matrikulasi dan lain-lain.
(1) Nak belajar apa?
Isi UPU ini paling susah bila anak tidak tahu hendak belajar apa. Terutamanya anak yang pandai (rasa semua boleh bawa dan memang layak) dan anak perempuan (nature yang undecisive).
Macam kami, kami akan guide anak-anak supaya seawal Tingkatan 3 sudah tahu lebih kurang hendak jadi apa.
Ini penting sebab barulah boleh pilih aliran yang betul. Kadang kesian tengok post anak lepasan SPM di Threads: “Result macam ini boleh ke sambung medic/engineering?” padahal subjek semua non-STEM.
Bila naik Tingkatan 4, terus tahu hendak fokus subjek yang mana. UPU zaman sekarang, straight A sahaja sudah tidak cukup. Subjek apa yang A pun sangat penting.
Sebagai parent, kita sudah boleh mula shortlist laluan hala tuju yang paling sesuai ketika anak sedang bersedia untuk SPM.
(2) Nak “play safe” atau “gamble”?
Keluarga yang berkemampuan ada lebih banyak ruang untuk ambil risiko.
Contoh: pilih PASUM untuk medic di UM. Kalau tak lepas ke degree melalui autonomi/UPU tetapi masih mahu medic di UM, boleh masuk melalui SATU.
Atau pilih asasi tertutup (yang masih perlu bersaing dengan rakan se-asasi untuk tempat degree medic yang terhad). Jika tidak berjaya, boleh masuk melalui saluran alternatif (yuran tanpa subsidi).
Atau paling teruk, kalau tak dapat mana-mana UPU selepas asasi, masuk IPTS sahaja sebab memang sudah standby RM0.5–1.0 juta education fund.
Jika tidak, kena lebih play safe. Contoh: masuk asasi perubatan UIA sebab laluan sudah dijamin. Atau masuk asasi terbuka — jika tak berjaya tembus medic di IPTA A, masih boleh apply medic di IPTA B. Memang tidak mudah sebab masih perlu hadap UPU semula, tetapi sekurang-kurangnya laluan ke medic saluran perdana masih ada.
(3) Apa laluan “backdoor”?
Maksud “backdoor” di sini bukan jalan haram, tetapi laluan yang tidak perlu bersaing UPU lagi. Sebab UPU memang sangat sengit secara semula jadi.
Contoh:
Asasi kejuruteraan KM-UTM/UMPSA — tak perlu bersaing lagi untuk degree engineering di UTM, malah boleh dapat PBU MARA
Diploma UiTM — boleh sambung degree melalui penerapan
Asasi perubatan, pergigian dan farmasi UIA — kira hampir pasti dapat degree kerana tidak perlu bersaing lagi (hanya perlu capai CGPA minimum semasa asasi)
(4) Go where merit leads
Pelajar asasi akan suruh pilih asasi sebab jimat masa. Pelajar diploma akan suruh pilih diploma sebab lebih fleksibel (boleh kerja atau sambung belajar). Pelajar sijil pula akan suruh pilih sijil sebab lebih praktikal. Semua akan pertahankan pandangan masing-masing.
Akhirnya, anak yang tidak tahu apa-apa akan jadi keliru, dan parent pula takut hendak membimbing anak sendiri.
Pendapat saya, selagi selari dengan hala tuju DAN tiada kekangan, pergilah sejauh mana merit boleh bawa. Contohnya, kalau merit cukup untuk asasi, ambil asasi.
Kecualilah ada kelebihan tertentu dalam sesuatu laluan — contohnya habis sijil/diploma di situ boleh sambung ke luar negara.
Kenapa pilih yang lebih kompetitif? Sebab belajar dengan rakan yang sekufu atau cara fikir yang sama lebih selesa dan seronok. Tidak perlu risau kena judge, kena tuduh poyo, atau kena palau sebab skor tinggi.
Lagipun, di situlah selalunya anak-anak ini akan bertemu circle hidup… termasuk jodoh.
(5) Hostel atau sewa luar?
IPG pun sekarang sudah kena duduk luar, apatah lagi IPTA lain. Dengar cerita KPT akan tambah lagi intake tahun ini. Jadi, macam mana pun, baru semester 2 sudah kena keluar.
Jika ini satu concern (kos sewa, pengangkutan atau keselamatan), pilihlah IPT yang menyediakan hostel sampai tamat pengajian seperti UIA dan UUM. Atau pilih yang dekat dengan rumah supaya lebih jimat dan selamat.
Jika tidak, biarkan sahaja anak itu belajar jauh sedikit. Mungkin itulah IPT yang terbaik untuk dia.
(6) Pemegang kad OKU
Anak OKU perlu pertimbangan lebih jauh. Walaupun lepasan SPM boleh lepas UPU ke diploma atau asasi, belum tentu diterima ke peringkat degree untuk kursus tertentu (biasanya STEM).
Ada yang kata diskriminasi, ada yang kata tidak sesuai dengan industri. Ada kes berpunca daripada sistem UPU yang tidak membenarkan pilihan, tetapi sebenarnya boleh. Ada juga kes sebaliknya — UPU boleh pilih, tetapi IPT pula tidak terima.
Dalam kedua-dua situasi ini, dalam UPU sendiri tidak dinyatakan secara jelas bahawa OKU tidak boleh. Inilah antara risiko yang perlu dihadapi oleh parent.
Banyak bertanya pun tidak ada siapa yang boleh beri jawapan muktamad dengan autoriti. Sebab itu biasanya kena viral dahulu barulah KPT ambil tindakan. Sedih.
Ini juga antara sebab ada parent sekarang tidak mahu mendaftarkan anak sebagai OKU dengan JKM.
Jadi jalan paling selamat untuk anak OKU:
Pilih non-STEM dalam UPU
Jika mahu STEM juga, usahakan laluan lain (contoh: TVET dan sebagainya)
Apa pun, isilah UPU ini sebaiknya. Daripada semua sistem, saya paling suka UPU sebab paling telus (selain isu OKU). Kita boleh tahu merit kursus/IPT lebih awal, jadi tidaklah terlalu ‘in the dark’. Dan ia tidak terlalu bergantung kepada latar belakang sosioekonomi.
Doakan juga anak saya mendapat UPU pilihan pertama 🤲




.jpg)

0 Comments
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.