Keluhan Seorang Guru Sempena Hari Guru 2026
HARI GURU PALING TERUK 2026?
1) Tahun 1 umur 7 tahun dah cukup byk masalah, ramai tak lulus saringan intervensi, ramai tak tahu huruf, suku kata, angka, ramai juga yg ada masalah pembelajaran, speech delay la, mild autism la, ADHD la, siap Guru Besar kena panggil ibubapa minta rujuk anak ke pakar, murid bermasalah ni jumlah tertinggi yea tahun ni tapi KPM pulak seronok nak sumbat budak 6 tahun masuk Tahun 1
2) Guru nak kelas dikurangkan murid, bawah 30 org ke tapi KPM langsung tak nak peduli.
3) Guru nak KPM tambah sekolah atau kelas agar semua boleh jadi 1 sesi, tapi KPM pulak sibuk nak jadikan sekolah yg 1 sesi menjadi 2 sesi, impaknya guru susah mengurus anak/family & urusan2 lain , dulu sesi pagi, tiba2 kena sesi petang, hidup kucar kacir jadinya
4) Guru nak UPSR dikembalikan, KPM pulak buat exam Tahun 4, kenapa tak buat saringan intervensi jea mcm Tahun 1 tu utk Tahun 4, exam biarlah tetap di Tahun 6 atau di Tahun 5 pun ok lagi, Tahun 4 ni macam baru nak peralihan, atau buat saringan intervensi siap2 masa Tahun 3, naik Tahun 4 buat kelas pemulihan utk yg tak lepas saringan tu. Buat exam besar utk Tahun 4 buat apa?
5) Yang terbaru TMK murid Tahun 1-6 kena masuk makmal komputer buat assignment utk setiap subjek kecuali Bahasa Arab dan apa ntah 1 lagi RBT kot, org yg buat program ni pernah mengajar Tahun 1 dan 2 tak? Tau tak murid ni huruf pun ramai tak tau lagi besar kecik, kamu nak suruh cikgu bawa dekat 40 org ni masuk makmal komputer log in ID Delima yg panjang berjela tu dan buat ‘assignment’ kamu tu dan upload? Kamu hidup di dunia khayalan ke? Kamu pernah tengok ke murid Tahun 1 masuk makmal komputer belum buat apa pun dah mcm nak hancur dah makmal tu dan cikgu hampir strok akibat terpekik terlolong nak control murid dlm tu? Siapa yg punya idea ni ek?
6) Kokurikulum dulu elok jea seminggu sekali 1 jam saja, sekarang 3 jam, anak saya Form 1 sesi ptg, 9.30 pagi pi sekolah, pukul 10 kokurikulum sampai 1 ptg, start belajar 1 ptg sampai 6.30ptg, solat Asar dan 6.40 mcm tu keluar sekolah, pukul 7.00 mlm sampai rumah, esok nya letih sgt2 kadang2 sampai nak demam. Kenapa kokurikulum skrg perlu sampai 3 jam, apa rasionalnya?!
7) LADAP pun sama, dikejar2 suruh cikgu cepat siapkan 40 jam segera, dipaksa kena buat kursus Google la itu ini sampai cikgu2 ramai upah org luar sebab ada yg tak tahu sgt2 bab komputer ni, Pendigitalan la itu ini, mcm2 dicipta utk menambah lagi beban dan stress guru!
Dulu masa praktikal kena observe dgn pensyarah, lani dah jadi cikgu 20 tahun pun kena observe dgn pentadbir pulak, padahal pentadbir pun bukan perfect sgt mengajar
Kenapa perlu sistem observe segala ni sampai 2 kali setahun? Apakah KPM merasakan guru tak pandai mengajar, tak qualified? Dah 20 tahun mengajar pun dok kena observe lagi ka, siapa yg suka dlm pekerjaan ada org dok tengok jea kita buat kerja, selesa ke, tak stress ke?
9) PBD pula, ramai cikgu terpaksa menipu sebab nak data cantik, kalau bagi TP1 atau TP2 siaplah yea nak menjawab. Kadang2 kena marah dgn pentadbir sebab mereka pun kena marah dgn PPD kalau ramai TP1&2. Jadi baik buat exam jea senang mcm dulu. Dulu kata nak mudahkan guru, tak yah exam, buat PBD jea, sekarang ni Tahun 4-6 ada exam tapi masih paksa buat PBD jugak, akibatnya cikgu 2 kali terbeban, parents pun marah sebab tak faham PBD atau tak puas hati dgn TP anak.
10) Konon nya nak MMI lah sgt, terketaq2 takut kat PPD, oh kena masuk kelas cepat, nanti PPD mai pantau susah, habis tu setiap hari korang buat bengkel itu ini, jurulatih itu ini kena keluar memanjang, korang x peduli pulak MMI yea? Cuaca panas aritu, nak latih murid pagi pun tak berani takut terketaq2 kat PPD, MMI konon, paksa murid dtg latihan sukan petang panas2 tu nasib takde yg pengsan/mati. Kenapa kuasa sekolah ditarik sampai begitu sekali? Guru Besar takut kat PPD terketaq2
11) Guru Besar takut nak saring murid, terketaq2 mcm buat jenayah, saringan tak leh buat, pastu campur semua caca marba, cikgu mcm nak gila nak handle murid yg lemah giler, yg sederhana, yg terlebih bijak laju sgt tu, cikgu dlm kelas nak tumpu yg lemah tu kejap datang dah yg bijak tu cikgu saya dah siap, suruh buat benda lain, dtg tanya itu ini atau dah siap jugak, pastu buat bising kacau kawan, yg lemah pun ramai yg nakal, kacau kawan, ajak sembang, jalan2, buat nakal bersama!
12) Guru dah ramai yg makin tak tahan dan nak pencen awal, yg haters jawab pencen ler, sila berambus, bagi peluang org lain, ramai lagi nak jadi cikgu, bila guru mengadu inilah selalu balasan nya takde yg simpati atau nak ubah sistem yg membebankan guru, yg ada cuma nak hentam jea, tanpa tahu peritnya mengendalikan budak2, parents, pentadbir, PPD, JPN, KPM. Beza tau tak pekerjaan yg melibatkan kanak2, jgn la nak dibanding dgn pekerjaan lain konon lebih stress
Mmg betul kerja lain pun ada stress tp itu x bermakna kerja guru ni tak stress atau tak teruk, bahkan ramai jea yg pernah kerja lain sebelum jadi guru pun merasakan jadi guru ni stress dia lain macam, tekanan mental dan emosi tu tinggi, masuk kelas jea cikgu terjerit2 mengawal murid tapi murid takde adab sikitpun tak hormat guru, ibubapa pula akan serang guru dlm group whatsapp jika anak dibuli murid lain ke, cedera ke, barang hilang ke, apa saja semua cikgu la kena handle atau dipersalahkan
** Baca dari ats hingga habis sesak dada ye rasa. Perit, tekanan, penat, lelah nya sebagai seorang guru sekarang. Sangat memenatkan! Tolonglah ubah sistem pembelajaran malaysia blk. Yg pasal tambah kelas tu setuju sgt, dari tambah kelas baik tambah sekolah.
Anak sy darjah 1 tahun ni 1 kelas hampir 60 org ye. Tu dah ada 9 kelas dah. Mmg mampat betul kelas nya. Kesian tgk ke ank2. Patut tmpt kami dah ada sekolah baru dah. Penempatan baru naik byk tapi sekolah xnk tambah
- fahhfatihah **
~ sesak dada bila baca posting macam ni ~







18 Comments
Kita yang bukan guru ni bila baca pun rasa sesak nafas. Kadang tak paham kenapa perlu nak buat umur 6 tahun masuk darjah 1 dah, nanti ramai la mak pak yang rasa anak mereka boleh masuk darjah 1 sedangkan anak mereka masih tak mampu nak urus diri lagi. 1 kelas sampai 40 orang macamne lah cikgu nak kawal dan bagi tumpuan. Terlalu ramai. UPSR perlu ada untuk kita nak pantau, nak tahu kemampuan murid untuk melangkah ke sekolah menengah. Ini bila takde apa mcm susah pulak kan. Adik bongsu saya tu pun kerjanya memerap kat bilik je sebab emak kata banyak betul kerja menanda buku anak murid. Betapa penatnya cikgu-cikgu walaupun kalau yang sekolah 1 sesi boleh balik awal sikit tapi kerja melambak sampai ke malam. Harap pihak KPM bagi la bonus atau tambah baik la sistem di sekolah yang dapat bagi kelonggaran dan keselesaan pada cikgu. Penat mental lagi penat dari kerja kebun tau. Selamat hari guru sabtu nanti ye cikgu.
ReplyDeleteMaaf terkomen panjang pulak cikgu hahahah
ReplyDeleteAgreed bab guru ni. Nak suruh che mek & Ammar jadi cikgu aje la nnt. Topup mana yang ada =)
ReplyDeleteSalam Jumaat Abam Kie...membaca luahan ini benar-benar membuatkan hati rasa sebak. Memang realiti guru sekarang bukan sekadar mengajar, tapi terpaksa memikul beban perkeranian dan emosi yang sangat tinggi. Semoga suara-suara guru seperti ini didengari oleh pihak atasan demi kelestarian sistem pendidikan kita. Selamat Hari Guru buat Abam Kie dan semua warga pendidik yang masih cekal
ReplyDeleteRamainya sampai 60 orang? Hari tu sy baca 40 pun rasa dah penuh beno!
ReplyDeleteSelamat hari guru cg AK.
ReplyDeleteCikgu2 kena hadap pelbagai karenah dari murid2, ibu bapa, pentadbir, ppd, jpn dan kpm.
Semoga Abamkie dan guru² terus istiqamah mengajar anak bangsa. Kalian adalah pahlawan tanpa tanda, yang ilmunya dan mulianya dikenang² hingga ujung usia.
ReplyDeleteselamat hari guru berat tanggungjawab cikgu kan...la ni nk cuti release stres jalan jauh fikir banyk kali takut habis kuota guna minyak...sian cikgu
ReplyDeleteSelamat haru guru buat Abe Kie dan seluruh guru di Malaysia
ReplyDeleteMakin lama makin banyak dan berat tanggungjawab guru.
ReplyDeleteSELAMAT HARI GURU..SEMOGA PENAT LELAH CIKGU DALAM MEMBERI ILMU PADA ANAK2 MURID MENDAPAT PAHALA BERGANDA2 ...SEMOGA SEMUA WARGA PENDIDIK SENTIASA DIDALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT
ReplyDeleteSelamat Hari Cikgu, Abe Kie. Kesian cikgu-cikgu, banyak kerja dan kena ikut arahan atasan. Kalaulah semuanya kembali simple dan mudah macam zaman kita sekolah rendah dulu-dulu. Sekolah memang patut ditambah. Ibubapa pun tak suka, sesi petang ni. Biarlah semua satu sesi je. Orang makin ramai, tapi sekolah dok banyak tu jer.
ReplyDeleteTulisan ini terasa jujur dan mewakili isi hati banyak guru yang mungkin jarang diungkapkan secara terbuka. Di balik perayaan Hari Guru, memang ada banyak perjuangan dan beban yang sering tidak terlihat. Cara penyampaiannya juga tidak berlebihan, justru terasa lebih menyentuh karena ditulis dengan sudut pandang yang realistis dan penuh ketulusan
ReplyDeleteSelamat hari guru! Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan mendidik anak bangsa.
ReplyDeletewaduhhh sy yg baca ni terus rasa sesak dibuatnya
ReplyDeletedah lama rasanya penulis dah luahkan tp ya laa mungkin hatinya berbelah bagi...
apa-apa pun kami doakan semoga segala uyrusan buat warga pendidik dipermudahkan selalu
selamat hari guru
Selamat Hari Guru AK
ReplyDeleteyang exam tahun 4 tu.. macam takde pendedahan je lagi.. ni pun dah hampir tengah tahun... memang sesak nafas bila baca, sebab tu kalau anak linda tak perform, linda salahkan diri sendiri dulu kemudian ke anak2..
ReplyDeleteAllahuakbar....sesak dada membacanya. Kesian pada cikgu. Kesian pada murid. Kesian pada ibu bapa. Tak tau kenapa KPM begitu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.