Ramai yang tanya aku apakah kelebihan dan kekurangan diantara skim pencen dengan skim kwsp ini. 

Oklah, di sini aku kongsikan secara ringkas pro & con dua skim tersebut.

Pro & Con Skim Pencen vs KWSP

1️⃣ KELEBIHAN PENCEN BERBANDING KWSP

- Dapat extra duit gaji setiap bulan sebab tak kena potong kwsp sebanyak 11%. Semakin tinggi kenaikan gaji, jumlah 11% tu akan jadi makin besar nilainya.

- Mendapat ganjaran gratuiti mengikut tempoh berkhidmat. Beratus-ratus ribu juga nilainya. Yang pilih kwsp tak dapat tau ganjaran gratuiti ni.

- Mendapat pencen secara tetap bila bersara. Pencen dikira mengikut tempoh berkhidmat. Cukup atau tak, pandai²lah urus.

- Bagi yang pilih skim KWSP, anda akan menerima gaji 11% kurang dari rakan yang memilih skim pencen. Tapi caruman kerajaan 13% + 11% dari potongan gaji kita akan masuk dalam akaun kwsp.

- Di usia persaraan, duit kwsp yang ada itulah yang akan jaga anda nanti. Cukup tak cukup, pandai²lah urus. Sama cam orang pencen cuma bezanya anda dapat duit tu sedebuk.

Mana lagi untung Tuan? Kalau pandai 'manage', yang ambil skim pencen itu lagi untung. Caranya, kau labur dan simpan sendiri 11% duit gaji kau tu kat dalam kwsp. 

Pada umur 60 nanti, kau akan dapat hasil simpanan di kwsp 'plus' duit gratuiti, dan jangan lupa, kau juga dapat pencen, tak seperti orang yang ambil kwsp.

2️⃣ Ok, ni baru cerita dari segi duit. Takyah pening² nak kira, dah ramai pun orang yang pandai matematik buat kiraan pasal ni sebelum ni.

Sekarang aku cerita benda yang kita kena tengok dan pandang jauh sikit.

Ramai cerita pencen ni bagus sebab kalau jadi apa², isteri boleh terima pencen. Kalau isteri meninggal serentak dengan suami, anak² boleh terima pencen hingga umur dia 21 tahun atau sehingga dia habis belajar di universiti.

Yang ambil kwsp tak dapat kelebihan ni. TAPI kalau nak ambil kwsp kita kena bijak, aku cadangkan kau ambillah perlindungan Takaful siap² untuk diri kamu. 

At least jadi apa² kat kamu, isteri dan anak² boleh dapat pampasan yang beratus ribu tu.

Kelebihan skim kwsp ni pula, kalau umur panjang dan sempat bersara, duit yang banyak tu kita boleh wariskan pada anak² sebagai harta warisan.

Jarang sekali orang yang ambil skim pencen ni buat simpanan secara sendiri kat kwsp. Jadi mereka biasanya akan terima gratuiti dan 'golden handshake' je masa pencen nanti. 

Jumlahnya tak la sebanyak mereka yang pilih kwsp. Bagi yang ambil kwsp, golden handshake tu cuma boleh dapat kalau bersara umur 60 sahaja.

Kalau resign awal, tak layak dapat...Bye..Bye..✋️😅

3️⃣ KELEMAHAN SKIM PENCEN & KWSP

- Under skim pencen, kalau kena buang kerja atau dipenjara, pencen anda juga akan hilang begitu sahaja seperti angin lalu. 

Aku bagi contoh, satu hari mood kau tak baik, kau kena sound dengan bos, budak sekolah buat kurang ajar depan kau, kau tak puas hati, kau kejar lepas tu kau tampar dan pukul budak tu... Jadi kes polis.

End up kau kena penjara dan dibuang kerja. Umur masa tu dah 45, dah 20 tahun servis. Habis camtu je pencen kau nanti... Teringat pulak kes DSP polis yang langgar budak sampai mati..😔

Bab tatatertib ni kita kadang susah nak cakap tau. Kadang bukan salah kita, atau kita diperdaya atau 'terkena' dengan arahan bos atasan pun boleh jadi punca kita yang kena tatatertib tu ye. Jadi kambing hitam... Sia-sia.😢

Kes naya camni banyak je berlaku tapi sebab takda bukti akibat dari kebodohan sendiri, diri sendiri yang menjadi mangsa akhirnya nanti.

- Macam yang aku ceritakan semalam, dua orang rakan aku tak diluluskan permohonan untuk bersara awal. Member dah burnout sampai sanggup hilang pencen, akhirnya letak jawatan sebab dah cannot go dengan kerja yang dia sedang lakukan.

- Kelulusan untuk bersara awal menjadi senjata makan tuan yang digunakan oleh ketua jabatan untuk tidak meluluskan permohonan. Disusahkan dengan pelbagai peraturan baru sebab nak sekat pengaliran keluar beramai-ramai.

- Bawah skim kwsp, kalau tak sempat sampai umur 55, duit yang terkumpul tu sikit pula. Sebab tu aku suruh ambil takaful, takut jadi apa², keluarga yang merana.

4️⃣ Siapa yang patut dan sesuai ambil skim pencen atau kwsp ni?

Kalau anda bukan masuk sebagai pegawai, dulu gred 41, is better to choose skim pencen. Sebab gaji anda kecil, rugi ambil kwsp.

Kalau anda jenis yang tak pandai 'manage' duit gaji, jenis boros dan malas belajar melabur, lebih baik anda pilih skim pencen.

Kalau anda jenis malas nak fikir dan susah nak manage duit banyak², tahu cukup bulan duit masuk, maka pilihlah pencen.

Dan kalau anda ni jenis cepat percaya dengan pujukan rakan², anak² atau saudara-mara, mudah terikut-ikut dengan skim pelaburan entah apa², better ambik skim pencen.

TAPI,

Kalau anda ni jenis pandai urus kewangan, pilih la skim kwsp.

Kalau anda rasa nak mewariskan duit sedebuk sebagai harta warisan kat anak², pilihlah kwsp.

Kalau anda jenis tak nak terkongkong, meletakkan adanya kebarangkalian yang mungkin anda akan 'keluar' lebih awal jika keadaan persekitaran kerja tidak seperti yang diimpi, maka eloklah pilih kwsp.

Kena ingat, sektor² kritikal dalam gomen ni bukan senang ketua jabatan anda nak lepaskan kamu pergi. Macam kisah kawan aku yang aku tulis sebelum ni, walaupun dan lebih 17 tahun berkhidmat pun, depa tetap tak nak beri.

Kalau nak juga keluar, isi borang berhenti dan hilanglah pencen tu nanti.

Begitulah sedikit sebanyak cerita pasal pencen dan kwsp ni.

Ada kelebihan dan kekurangannya masing²... Cuma satu benda kita kena ingat, nak sampai umur 60 tu lama lagi. Macam² yang boleh terjadi. 

Tiada benda yang pasti dalam dunia ni. Sama macam dalam penulisan aku di sini. 

Tadi aku cakap nak kongsi secara ringkas je, akhirnya korang kena 'con' baca panjang² sampai habis perkongsian kali ni... Camtulah.😅

#MERZ

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol