Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2026
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog budiman. Terima kasih kerana sudi melawat dan menulis komen di setiap entri blog ini. Alhamdulillah, Abe Kie sihat2 aje pada usia nak masuk 53 tahun ni. Jika panjang umur akan bersara wajib pada 19 Mei 2023. Abe Kie mula bertugas sebagai guru pada 16 September 1997. Hajat tu nak bersara pilihan pada usia 58 kerana sudah letih pergi ke sekolah sejak usia 7 tahun. Huhuhu....
Baiklah. Berbalik kepada isi utama pos kali ini ialah Abam Kie ingin melancarkan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie Tahun 2026 yang bermula dari hari ini sehingga 25 Disember 2026. Semua rakan blogger warganegara Malaysia layak menyertai cabaran ini. Caranya mudah aje. Lima orang blogger yang paling banyak menulis komen di blog Abam Kie ini akan mendapat hadiah istimewa pada awal tahun 2026 kelak. Jadi apa tunggu lagi? Tinggalkan komen bernas anda! Mana tahu anda bakal menjadi top 5 nanti! Keputusan akan diumumkan pada akhir Disember 2026.
Selamat maju jaya kepada semua pembaca blog Abam Kie. Anda semua insan hebat dan terpuji! Terima kasih.






0 Comments
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.