Bagaimana Menggunakan Kad Kredit Dengan Berdisiplin?
Semalam aku post pasal credit card. Ada yg komen pasal DISIPLIN.
Ya, nak rasa benefit pakai credit card ni mmg kena ada DISIPLIN!!
Korang tau tak? Kebanyakkan kredit kad kat Malaysia ni bagi interest free dlm masa 20 hari untuk belian runcit?
Ya! Tak ada apa² interest dikenakan kalau korg tak bayar dlm masa 20 hari!
Contoh belian runcit tu, korg beli baju dekat mall, beli barang grocery kat hypermarket and bla².
Nak enjoy interest free ni. Korang kena bayar in FULL sebelum or on the dot pada tarikh due date 20 days interest free tu.
Contoh:
Billing cycle korang: 15 Jun - 14 Julai
Payment Due date (after 20 hari dari 14 Julai): 3 Ogos
Corak perbelanjaan korang within period 15 Jun-14 Julai
20 Jun- Beli kasut RM200
30 Jun- Beli TV RM500
4 Julai-Beli barang rumah RM300
Total: RM 1,000
So, kalau tak nak kena interest, korang kena buat FULL SETTLEMENT payment RM1k before or on the dot 3 Ogos.
Okeh, kalau tak bayar full jadi apa?
Nak dijadikan cerita, korang tak cukup duit nak bayar RM1k full settlement pada 3 Ogos. Ada RM700 je dlm bank. So, korang bayar lah RM700. So, pada fikiran korang. Credit beli kasut and beli TV maybe tak kena interest lah kan sebab korang dah bayar RM700 kan???
Maaf geng! Korang still kena interest atas semua transaction dlm billing cycle tu.
ALAMAK!! Kena bayar??? Berapa interest yg kena bayar?
Untuk kasut:
Korg beli kasut on 20 Jun
End billing cycle on 14 Julai
So,20 Jun - 14Julai = 25 hari
25 hari x RM200 = RM5,000
RM5,000÷365hari = RM13.70
Standard interest rate credit card max 18%. So, kita amik max je lah. Habis cerita. Actually kalau nak cerita lagi, ada tier² interest pulak.. Tu korang tanya bank lah. Aku malas nak explain. hahhaa
So, 0.18 x RM13.70= RM2.47
Tu untuk kasut. Untuk TV
Beli TV on 30 Jun
End billing cycle on 14 Julai
So,30 Jun - 14Julai = 15 hari
15 hari x RM500 = RM7,500
RM7,500÷365hari = RM20.55
Interest 18%. So,0.18 x RM20.55 = RM3.70
Untuk beli barang rumah RM300 pulak. Interest dia lebih kurg RM1.63.
(Note: jumlah hari adalah 11 hari sebab 4-14 Julai)
Lepas tu total outstanding balance RM1k tu pun kena cas gak interest walaupun korg dah bayar RM700.
RM1k x 20 hari= RM20k (20 hari dikira untuk grace period 14 Julai -3 Ogos or also known as free interest period)
RM20k ÷ 365hari = RM54.80
0.18 x RM54.80 = RM9.86
So, berapa total interest yg kena bayar?
RM2.47+RM3.70+RM1.63+RM9.86 = RM17.66
"ELEH...RM17.66 je interest....Nanti² lah bayar...", kata si Ahmad Mustakim (bukan nama sebenar)
Hah! Perangai ni lah yg buat muflis tu! Yg RM17 tu interest je bang! Yg balance pokok RM300 kau tak bayar tu tak nak cerita?
So,tu pasal lah nak pakai kredit card ni mmg kena disiplin!!
Kalau korang tak leh nak disiplin. Pakai debit card je lah. Habis cerita! Jgn nak hype sgt nak ikut org pakai credit card jugak.
Aku dah pakai kredit kad lebih 26 tahun. Memang aku clear outstanding balance before or on due date.
With that, aku enjoy the benefit. Bukan setakat cerita pasal interest free je. Tapi dpt jugak kumpul² point nak redeem voucher and cash rebate. Mcm ramai yg komen kat post aku smlm
So, nak pakai kredit kad ke tak? Poket kau, kau yg decide!
Disclaimer: Post ini bukan nak backup credit card user ye. Tapi aku nak ingatkan betapa pentingnya sikap dan disiplin dlm money management. Itu je. Sekian. Terima kasih.






0 Comments
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.