Kenapa tidak boleh letak nama anak panjang-panjang?
Kedengaran remeh, tapi saya dah jumpa ramai pesakit yang benar-benar tertekan hanya kerana nama mereka.
Ada yang sampai kena rujuk ke pakar psikiatri.
Berikut antara masalah yang mereka kongsikan:
1. Susah nak tulis nama masa exam sekolah
2. Buang banyak masa isi borang
3. Nama selalu salah eja
4. Orang lain susah nak sebut
5. Masalah bila buat dokumen rasmi
6. Susah nak beli tiket flight, terutama ke luar negara
7. Susah nak buat booking online
8. Ambil masa lama untuk perkenalkan diri
9. Asyik ditanya “Nama pendek apa?”
10. Dibuli sebab nama terlalu panjang
11. Masalah buat akaun online / email /banking sebab username panjang
12. Bakal pasangan tertekan semasa akad nikah
Dalam diam, ramai mula salahkan ibu bapa yang memberikan nama tersebut.
Saya ada seorang pesakit yang sedang proses tukar nama di JPN, tetapi mendapat tentangan daripada ibu bapa sendiri sampai menjejaskan kesihatan mentalnya.
Nasihat saya kepada bakal ibu bapa:
Berilah nama yang baik dan ringkas.
Benda ini nampak kecil, tapi kalau tersilap langkah, ia boleh memberi kesan besar kepada emosi dan kehidupan anak anda.
Kredit: Dr Aman Rizal






7 Comments
Betul tu, agaknya masa beri nama anak, hilang akal fikiran, hehe.
ReplyDeletepanjang sangat kalau contoh dalam gambar tu... nama anak linda yang 2 patah tu pun, anak2 malas nak tulis sendiri.. kikiki
ReplyDeleteSy 5 beradik semua nama 1 perkataan je...Huruf paling sikit adalah kak cik sy...4 huruf je nama dia =)
ReplyDeleteTak faham kenapa nak letak nama panjang-panjang. Untuk apa agaknya ye. Macam contoh nama adik ni, 8 perkataan tau dia nak tulis nama dia nanti tu pun dah satu hal, kalau periksa bukan boleh tulis nama pendek. Memang tak masuk akal betul.
ReplyDeleteSA pelik..kenapa la diorang ni letak nama panjang berjela macam tu..nak tulis nama.masa exam susah..lepas jenuh masa nak akad nikah nanti..nak menyebug nama tu...x cukup nafas..nasib baik anak SA nama senang aje..Ainnul Dania Huda
ReplyDeleteNAMA PANJANG PANGGIL PENDEK TERSERAH PADA IBU BAPA TENTUKAN NAMA ANAK2NYA
ReplyDeleteNama atas tu tiba2 ada letak nama Yeeha. Ni kisah benar ke ni? Pengantin lelaki kalau nak sebut nama kena praktis dulu.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.