Generasi ini membesar dengan kepantasan teknologi dan sekarang mereka juga sedang mengubah landskap dunia pekerjaan dengan cara yang paling drastik.

Kenapa mereka antara gen yang paling sukar dikawal?

1. Pangkat Dah Tak Laku

Kalau generasi dulu nampak pengurus atau pengarah kita tunduk hormat sampai tak berani nak tegur silap mereka. 

Tapi Gen Z? Pangkat pada mereka hanyalah label. Mereka tak hormat pada gelaran mereka hormat pada kompetensi dan karakter. Kalau bos tak tahu buat kerja jangan harap mereka nak dengar kata.

2. Kesetiaan Ada Harganya

Dulu kerja 20 tahun di satu syarikat adalah satu kebanggaan. Bagi Gen Z itu adalah satu penjara. 

Mereka tak akan setia pada syarikat yang tak jaga kebajikan atau mental health mereka. Mereka lebih rela resign tanpa pelan sandaran daripada terus ditekan dalam persekitaran toksik.


 3. The 'Why' Generation

Jangan sesekali bagi arahan "ikut je cakap aku" kepada mereka. Mereka akan tanya "Kenapa?". 

Jika jawapan anda tak logik atau sekadar nak tunjuk kuasa mereka akan buat acuh tak acuh. 

Mereka bukan pemberontak tanpa sebab, mereka cuma mahukan tujuan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

4. Digital Natives yang Pintar

Jangan cuba nak “scam" mereka dengan info yang salah. Mereka adalah pakar dalam fact-checking. Dalam masa 5 minit, mereka boleh cari maklumat yang boleh mematahkan hujah anda.

Gen Z bukan sukar dikawal kerana mereka biadap. Mereka sukar dikawal kerana mereka adalah generasi yang paling sedar tentang harga diri dan masa mereka.

Zaman command and control sudah tamat. Sekarang adalah zaman inspire and lead. Sesiapa yang masih gunakan gaya kepimpinan tahun 90-an untuk kawal budak tahun 2026 memang akan pening kepala.