Assalamualaikum. Pada hari ini Abe Kie ingin berkongsi 7 cara untuk elakkan anak-anak daripada jadi gay. Semoga tips ini menjadi panduan berguna kepada kawan2 yang ada anak-anak lelaki yang sedang meningkat remaja. 

1. Dari kecil beri nama yang selayaknya kepada kemaluan anak. Zakar/penis bagi lelaki dan faraj/vagina bagi perempuan. Jika dari awal ia disebut birdbird, konek, burung, kote, punai atau pepek, bunga dan lain-lain, maka step 2 hingga 7 akan rasa janggal untuk ibubapa sampaikan kepada anak.

2. Ajar anak tahu apa itu private part (mulut, dada, kemaluan, paha, punggung), sentuhan selamat dan tidak selamat. Jika ada orang sentuh, raba, cium, pegang, ramas atau orang itu suruh kita buat perbuatan berkenaan kepadanya, terus jerit kuat-kuat, lari dan beritahu. Tak kisahlah yang buat tu ayah, ibu, kawan-kawan, bapa sedara, sepupu, cikgu, ustaz, pemandu van sekolah, pengawal keselamatan, abang kantin, semuanyalah! Jika ada keperluan sahaja ia boleh disentuh; masalah kesihatan - berkhatan dan lain-lain

3. Ajar anak minta izin masuk bilik mak bapak, dalam Quran bagi tahu pada 3 waktu, selepas isyak, sebelum subuh, waktu tengah hari. Jika anak dah akil baligh, setiap masa kena minta izin nak masuk bilik parents. Ibubapa juga kena minta izin nak masuk bilik anak yang dah akil baligh. Bilik adalah ruang privasi untuk mak bapak, menanggalkan pakaian, buat hubungan, bermesra, begitu juga untuk anak yang dah akil baligh, mereka juga ada privasi yang perlu dijaga, terutama hal aurat

4. Pengasingan tempat tidur. Benda ni common sense je, tapi ada ibubapa tak buat dari awal. Anak lelaki kena ada bilik dia, anak perempuan kena ada bilik dia. Mak ayah kena ada bilik dia juga. Kalau dalam satu bilik ada beberapa orang anak sama jantina, kena ada katil double decker atau katil yang berbeza. Sebab dalam hadith pun ada larangan Nabi untuk anak-anak ni tidur dalam selimut yang sama. Concernya jelas, taknak dinormalisasi melihat aurat adik beradik yang lain walau sama jantina

5. Ajar tentang penjagaan aurat yang sebenar dan perasaan malu. Benda ni tak perlu dijelaskan lebih lanjut. Kita semua faham peri pentingnya benda ni.

6. Kawal penggunaan gajet anak. Ini juga antara penyumbang terbesar anak boleh terlibat dengan seks songsang. Bila dah terjebak dengan benda lucah, dia jadi ketagih. Bila ketagih, rasa nak buat, tapi tak berani, akhirnya dia beronani. Lama-lama rasa nak buat dengan orang. Di sekolah suka buat lawak lucah, suka tunjuk jari tengah, mencarut, suka tunjuk isyarat tangan jolok-jolok dan macam-macam lagi.

7. Paling penting, bila anak duduk di asrama. Kat sinilah kebanyakannya ia bermula. Tidur 1 katil, mandi sama-sama, berangkat-angkat, pegang kemaluan kawan, lihat aurat kawan setiap hari, meraba-raba, bahkan ada yang sampai buat oral seks. Mula-mula dia rasa gurauan je, lama-lama jadi ketagih. Tanpa dia sedar perbuatan itu sedikit demi sedikit buatkan dirinya suka kepada sama jantina

Semua tips ini dikongsikan oleh sahabat saya Akhi Fairuz Al-Jengkawi .