Pesanan Untuk Tuan Rumah Yang Buat Kenduri
Cuti-cuti sekolah ni mesti banyak kenduri. Tuan guru pesan tuan rumah nak buat kenduri kena cakna, kalau tak reti kena minta nasihat orang alim. Buat kenduri nak cari barokah tetapi sebab jahil terbuat maksiat dan cari bala pula. Antara pesanan Tuan Guru buat tuan rumah:
📌Tetamu diasingkan lelaki dan perempuan, buat khemah asing-asing.
Tempat ambil lauk bagi asing juga, pastikan ada yg jaga. Kata Tuan Guru, kalau tak ada yang jaga sama je, nanti bercampur-campur lelaki perempuan.
📌Tak perlu ada lagu-lagu yg melalaikan, tak perlu ada karaoke. kalau nk pasang lagu, pasang qasidah, nasyid dan selawat.
📌Kadang-kadang Tuan rumah jemput pertunjukan silat, pastikan yang buat demo silat tu tak bercampur lelaki perempuan. Pesan pada guru silat, saya nak lelaki semua, tak nak ada perempuan sekali. Kadang-kadang malu tengok pesilat perempuan berlawan dengan pesilat lelaki, siap bersentuh-sentuh. Yang pesilat perempuan siap tergolek-golek kena belasah dengan pesilat lelaki... Ajk masjid, ahli tabligh buat apa? ustaz buat apa? ada tegur tak kemungkaran? Tengok sahaja macam perkara biasa, orang 'agama' diam je?
📌Pengantin tak perlu tabaruj sampai hilang muka yang original, bermaskarut, tu diaaaa pipi dan bibir merah 6 inci. Mata pakai contact lens hijauuu macam naga..😆jangan marah ye.. kita pinjam ayat Tuan guru sikit ni.. jemput masuk kuliah fardu ain, hari-hari kami kena tarbiah dgn Tuan guru.. kami dulu buat silap juga, sekarang azam tak nak buat silap lagi untuk anak cucu..insyaAllah..
📌Tengok orang dulu-dulu, pengantin perempuan tunggu pengantin lelaki dalam bilik je. Nak bersanding, sesi bergambar buat acara tertutup, untuk keluarga sahaja... Bukan seperti masyarakat kita dah terbiasa sekarang, pertontonkan pengantin dengan tabaruj, tak tutup auratnya, tudung singkat tak tutup dada, baju ketat-metat nampak segala gunung-ganang depan belakang pada semua tetamu.😥
Jangan ditanya kenapa baru nikah, terasa panas, baru nikah beberapa hari tiba-tiba pula rasa tak serasi, macam silap pilih pasangan je.... pastu asyik nak bercerai je. Mengikut statistik kes cerai, beratus-ratus pasangan bercerai setiap hari di Malaysia. Dan berlaku peningkatan pada tahun 2025.
Hari pertama nikah dah hilang keberkahannya asbab tak bawa nilai Islam bersama. Takut kolot katanya... Tuan Guru kalau pergi gotong-royong kenduri dia tengok, kalau ada nak pasang karaoke, dia sound dah.. "kalau awok nak buat karaoke esok, koi tak pergi kenduri kahwin anak awok esok"... Terus Tuan rumah tak jadi buat karaoke, kemas terus peralatan..😆
Sumber: ✍️Kak Mai jom selawat (Ummu Fawwaz)






2 Comments
good sharing...tips yg baik
ReplyDeleteMasa zaman sy kahwin, mmg arwah abah buat 5 khemah utk alik perempuan & 5 khemah alik lelaki...Lauk pauk dihidangkn oleh abg ipar & sedara mara yg dtg tlg tuan rumah...Skrg ni campur2 & start buat buffet=)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.