Kenapa orang zaman dulu jarang sakit?
Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi rahsia kenapa orang zaman dahulu jarang sakit. Semoga tips ini boleh dijadikan panduan oleh kita orang zaman moden ini. Terima kasih.
1. Inilah sebab kenapa orang zaman dulu-dulu jarang sakit. Pertama mereka minum air kosong lebih banyak berbanding minum air manis. Jika pun minum manis, mereka bekerja kuat. Kudrat dan tenaga menjadi sumber mereka mencari rezeki. Gula bertukar menjadi tenaga.
2. Kedua, setiap hari mereka berjalan kaki, sampai 10 KM sehari ke tempat kerja di ladang, di bendang, di kampung seberang. Faktor ketiadaan kemudahan pengangkutan seperti sekarang. Ini menjadi riadah yang sangat menyihatkan.
3. Mereka banyak makan makanan yang direbus dan dikukus sahaja. Ubi rebus, jagung rebus, telur rebus, nasi kukus, sayur rebus, ikan rebus, ulam-ulaman rebus dan sebagainya.
4. Mereka bangun awal pagi seawal jam 4.30 pagi. Dan mandi sebelum Subuh. Mandi pula menggunakan air perigi. Tiada water heater, tiada air pancuran. Embun dinihari dalam air perigi menyegarkan badan dan menyihatkan tubuh badan.
5. Mereka juga banyak mengambil herbal kampung, jamu, akar kayu untuk penjagaan badan. Mereka bebas daripada ubat-ubatan moden yang mempunyai dadah dan bahan asing yang tidak diperlukan oleh badan.
6. Kehidupan mereka dekat dengan alam, bekerja dengan alam, mengambil makanan secara alami, beriadah dengan alam, menikmati kebahagiaan hidup bersama alam. Alam menjadi sumber kehidupan mereka.
7. Makanan mereka real, tiada pengawet, tiada perisa, tiada perasa, tiada pewarna. Tiada bahan kimia yang tidak diperlukan oleh badan kita. Tiada pemanis tiruan. Semuanya alami sahaja. Sihat lagi menyihatkan.
8. Mereka tidak pernah mengeluh, tidak banyak merungut dan sentiasa hidup bersyukur walaupun kehidupan ketika itu tidak mudah dan serba miskin.
9. Tidur dalam gelap, tidak ada lampu tidur. Tidak ada cahaya. Tidur mereka bertemankan angin malam tanpa aircond dan kipas. Di rumah mereka bebas daripada tenaga yang merosakkan seperti wifi, handphone, mikrowave, aircond dan sebagainya.
10. Mereka memasak menggunakan dapur kayu, semua hasil pula daripada kebun yang ditanam dan diusahakan sendiri. Hasil tanaman bebas daripada racun serangga atau baja yang dibuat dari bahan kimia.
11. Macam mana agaknya ya? Mungkin masih sesuai untuk kita tukar sebahagian cara hidup orang lama untuk kehidupan kita hari ini. Walau hidup serba mudah dan moden tetapi masih boleh diusahakan agar hidup kita lebih sihat dan ceria. Antaranya adalah mengamalkan hidup yang aktif. Selalu bersenam dan briskwalk setiap hari. Mulakan dengan sedikit, lama-lama tambahkan dalam jadual harian kita. Insyaallah lebih sihat dan bertenaga.






10 Comments
Terima kasih untuk tips ni. Orang dulu dulu panjang usia dia, nenek Cuya pon umur dah cecah 90
ReplyDeletebetul tu...sebenarnya yang buat makin teruk tu, pemakanan kita... macam2 jenis makanan yang ada sekarang ni.
ReplyDeleteMakanan dan gaya hidup sekarang membawa banyak kemudharatan kesihatan.
ReplyDeleteFaktor pemakanan dan gaya hidup. Memang berbeza sangat zaman dulu & sekarang.
ReplyDeleteNo. 7 betul sangat. Orang dulu makan real food. Orang sekarang banyak processed food, makanan tak berkhasiat langsung.
ReplyDeleteSetuju semuanya dan paling dikisahkan ialah pemakanan serta gaya hidup.
ReplyDeleteAda juga yang Etuza amalkan, berdasarkan pengalkaman dan nasihat orang lama..kena banyakkan poergerakan ..jangan ikut rasa malas ,,dah berumur kena juga bergerak ..berjalan jalan..jika itu kemampuan..
ReplyDeleteSekarang ni, masuk ja kedai dah ada makanan segera cikgu..dulu lain kan..
ReplyDeletebetul..org2 dulu kerja kuat kannn...
ReplyDeleteSsbab gaya hidup dan faktor pwmakanan..zaman dulu udara pun x tercemar kan..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.