Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri
~Hubungan suami isteri, SEKS penting untuk setiap pasangan. Macam mana busy sekalipun dengan kerja, carilah masa untuk sama-sama renew cinta. Tidak boleh kurang tidak boleh lebih, jadi pandai2 lah bagi masa.
Part yang ini suka la tu kan, tapi sebenarnya bukan ini yang paling penting untuk suami isteri. Bagi balance juga sama hal-hal yang lain. Bukan yang ini saja cukup, yang lain tidak cukup.
~Sudah kahwin berusahalah untuk TINGGAL BERSAMA. Kita tahu sekarang banyak pasangan yang hidup berjauhan demi mencari rezeki diluar. Tapi berusahalah untuk dekat dengan pasangan masing-masing, sebab bila berjauhan sama pasangan banyak cabaran.
~Gaduh macam mana sekalipun jangan sesekali sampai tangan. JANGAN PUKUL PASANGAN, kalau gaduh besar macam mana sekalipun carilah jalan penyelesaian. Kalau ada yang harus mengalah, mengalah saja kalau itu jalan yang terbaik. Kita tahu lelaki selalu mengalah, kalau kamu rasa dalam hal itu kamu patut mengalah. Mengalah sajalah untuk kebaikan keluarga. Sentiasa kita ingat setiap masalah boleh selesai, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan
~Biarpun lelaki ketua keluarga, ada masa kita perlu DENGAR NASIHAT ISTERI. Isteri adalah penasihat terbaik untuk suami. Sebab setiap isteri mahukan yang terbaik untuk suami. Sekali sekala buang ego tu, tidak kemana juga kalau terlampau simpan ego tu. Biarpun kita ketua keluarga, ingat ketua pun pandai silap juga.
~Berusahalah bawa isteri untuk TINGGAL DIRUMAH SENDIRI, kecil atau besar tidak jadi masalah yang penting boleh tinggal sendiri. Percaya saja rezeki setiap keluarga itu pasti ada, sampai masa nanti senang juga tu. Bila di rumah sendiri, kita bebas melakukan apa yang kita suka. Bila dirumah sendiri, kita bebas buat apa saja dengan pasangan atau keluarga. Mahu peluk-peluk sama pasangan, mahu renew cinta sama pasangan pun tiada yang tengok. Kalau pasangan atau bini kita lagi yang jenis suka bermalas-malasan di rumah. Tidak juga kena sindir mentua dia kalau lambat bangun hujung minggu dirumah, sebab rumah sendiri sudah.
~ PERBELANJAAN dalam rumah sama-sama buat bajet. Biar sama-sama tahu hal kewangan keluarga, jangan ada sembunyi apa-apa. Sebab bila sudah sama-sama segala hal perbelajaan dalam keluarga mesti sama-sama tahu. Jangan sikit-sikit sembunyikan resit, tahu ramai yang sembunyikan resit pembelian sebab takut pasangan beli barang kita suka. Tapi biarpun beli barang untuk hobi biarlah sama-sama tahu perbelanjaan kewangan kita p mana. Sekurang-kurangnya pasangan tidak curiga, nanti dia ingat kita belanja orang lain pula.
Bila kita tengok balik memang banyak pergorbanan dari suami & isteri kan. Macam itulah juga ibu bapa kita dulu, apa yang kita buat selepas berkeluarga itulah juga yang ibu bapa kita buat dulu. Ibu bapa selalunya tidak akan masuk campur dalam hal rumahtangga kita, tapi kalau kita memerlukan nasihat dari dorang kalau ada apa-apa masalah dalam rumahtangga kita. Merekalah orang pertama yang boleh kita tanya untuk bagi pendapat, sebab mereka sudah pernah melalui semua ini sebelum kita.
Semoga sharing ini bermanfaat untuk kita semua. Kami pun bukan yang terbaik, tapi berusaha untuk jadi yang lebih baik🙏🏻🤍






8 Comments
baru terbaca kat TT tadi. ada perempuan tu minta cerai sebab dia dipukul dan dikurung selama hanya kerana terbasuh baju suami... si suami naik berang bla dia basuh tanpa tanya terlebih dahulu. kata dia lg, sebenarnya si suami start naik tgn beberapa bulan lps mereka kawen. skrg dah cerai tp nak tggu pengesahan cerai tu mkn thn baru selesai....
ReplyDeletethank`s sharing .. info yang sangat bermanfaat
ReplyDeletemasalah dlm perkahwinan perlu tangani dgn bijaksana
ReplyDeleteTopik yang menarik. Sedih juga sebab termasuk golongan yang tinggal berjauhan kerana kerja. Harap tak lama lah, kena atur strategi takut nanti kita nak join dia ke sana, dia pula ke sini, jenuh. Dulu selalu juga bergaduh kecil, dah makin tua ni rasa rugi pula kalau bergaduh. Jangan stress sangat, just follow the flow sahaja.
ReplyDeleteSelamat pagi abam kie ittewww
ReplyDeleteTopik ini memang menarik.. Kesian pada pasangan yang terpaksa PJJ.. Kadang bukan kemahuan mereka tapi terpaksa atas pelbagai sebab.. Semoga yang berjauhan akan sentiasa setia..
ReplyDeleteSemoga semua yang bergelar suami isteri bahagia..aamiin
ReplyDeleteApa yang baik daripada hubungan mak ayah kita, kita follow,.. selain dari tu, yang penting komunikasi dan suami tu function sebagai ketua keluarga..moga yang baiki je untuk kita..aamin
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.