Jamal, Kucing Kesayangan Keluarga Kami Telah Mati
Assalamualaikum.
Jamal dalam kenangan. Aku dan anak2 bersedih diatas kematian kucing oren kesayangan kami bernama Jamal. Ia menjadi sebahagian drp keluarga kami sejak 2022. Asalnya milik jiran. Ia lari dari rumah tu dan menumpang di rumah kami. Sejak itu ia dijaga dgn penuh kasih sayang. Cuma minggu lepas ia balik sekejap selepas 4 hari ghaib. Semalaman ia tidur di bilik anak sebelum pergi keesokan harinya. Akhirnya pd hari ini jiran sebelah rumah memaklumkan akan kematiannya. Memang sebelum ia mati pun ia ada lepak di umah jiran tu. Memang sejak ia sakit ni Jamal enggan makan dan pasif. X suka dibelai mcm dulu. Tp kami redha atas pemergiannya. At least, we can bury its carcass in proper burial. RIP, Jamal. You are always on our minds...
Sebelum Jamal mati saya sempat buat video pendek foto2 Jamal semasa ia tinggal di rumah kami. Teringat masa saya membukakan pintu rumah kepadanya apabila ia balik pada waktu Subuh selepas semalaman berkeliaran di sekitar kawasan kejiranan kami. Memang Jamal tak suka dikurung pada waktu malam. Pada waktu siang ia akan tidur di tempat2 yang nyaman dan strategik. Jamal ni cuma makan ikan selayang. Ia x suka dry food yg saya beli. Tapi dia suka wet food, cuma bila dia uzur tu, wet food pun ia x selera makan.
Inilah malam terakhir Jamal tidur di rumah Abe Kie. Ia kelihatan kurus hingga nampak tulang rusuk. Jika dulu perutnya labuh sampai mencecah lantai bila berjalan namun pada malam tu ia nampak cengkung dan tidak bermaya. Ia suka bersembunyi di bawah katil dan memencilkan diri. Mujurlah Lili tangkap ia dan selimuti tubuhnya yang kurus itu dengan selimut agar dia tidak sejuk.
Pada malam terakhir bersama kami pun ia gigih nak keluar tapi saya enggan membukakan pintu sepperti lazimnya. Saya bimbang dia bergaduh dengan kucing jantan lain atau dipatuk ular. Iya, rumah saya sudah 2X dimasuki ular. Seram sungguh!
Namun pada pagi esoknya, 29 Okt 2025, Jamal pergi juga merayau seperti lazimnya. Sedar2 ia telah hilang dari pandangan. Hendak ku cari tapi tak tahu di mana.
Akhirnya pada pagi Selasa, 4 Nov 2025 kami dimaklumkan oleh jiran sebelah mengenai bangkai Jamal di bawah garaj keretanya. Selepas Asar aku dan anak2 menguruskan pengkebumian bangkai Jamal di depan rumah kami. Anak-anak saya sampai menangis meratapi pemergian Jamal ke alam baqa. Rest in peace, Jamal.









15 Comments
Pasti ada hikmah di sebaliknya. Moga Mimi dapat mengubat kesedihan, sekurangnya masih ada lagi seekor.
ReplyDeleteAllahuakbar...Sy faham perasaan tu sbb sy jugak pernah kehilangan kucing nama sonic..Warna hitam...=(
ReplyDeleteRIP si Jamal.. huhu
ReplyDeletememang sedih kalau kucing mati...
ReplyDeletewalaupun linda tak membela kucing, tapi faham perasaan tu..
sedihnya kehilangan kesayangan...sama warna dgn oyen di rumah yg mati jatuh longkang
ReplyDeletealaaa sedihnyaaaaaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ sy faham.perasaan tu sbb penah alami situasi ni.... sabar ya cikgu...
ReplyDeletetp mimi tu carikan laa dia teman... sian dia...
Saya tumpang sedih, Abe Kie.
ReplyDeletetumpang dukacita..teringat kucing kaler oren kami dulu, namanya tenet..
ReplyDeleteSedihnya... I feel you...
ReplyDeleteDone subscribe youtube
Kucing kalau nk mati akan memencilkan diri, lumrah kucing.
ReplyDeleteSbb sejak kucing kesayangan mati dh tak nak bela sbb tak nak sedih
Kucing ni ada instinct memburu juga.....sedihnya Jamal dah tak ada....
ReplyDeleteSedihnya bila kematian kucing ni, Abamkie.
ReplyDeleteMemang sangat sedih bila kucing kesayangan kita mati.
ReplyDeleteMemang dah ajal dia cikgu..tak apa lah ya..
ReplyDeleteTurut berdukacita.. Sedih tau bila kehilangan ini..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.