Assalamualaikum. Pada hari Khamis, 20 Feb yg lalu, telah diadakan Majlis Lambaian Kasih sempena perpindahan Abe Kie dari SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah ke SMK Ladang Kerilla. Abe Kie terpaksa berpindah ke sek baharu kerana kenaikan pangkat sebagai guru kanan matapelajaran bahasa. Abe Kie telah berkhidmat di sekolah lama sejak 6 Jan 2004 sehingga 16 Jan 2025. Satu tempoh masa yang lama kan? 

Foto di atas tu kami anak beranak selfie sebelum sampai ke SMK DMPR2. 

Abe Kie tengah berucap tu. Sebenarnya dah sediakan skrip sepanjang 2 muka surat tapi tak ikut mana pun skrip. Tu buat sebagai panduan je jika terlupa isi-isi penting.  


Habis berucap ada pula acara terima hadiah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga DMPR2 yang memberikan hadiah2 yg bernilai kepada Abe Kie. Terasa diriku ini dihargai pulop. 


Habis acara di dewan sempat gi masuk pejabat kejap untuk punch out card biar pun Abe Kie sebenarnya dah lama punch out pada 16 Jan lepas sebelum terima surat lantikan lagi. Tak sangka pula surat naik pangkat ni tiba masa cuti sek tempohari. Jadi x sempat prepare apa2. 

Ini pula pembantu operasi sekolah (PO) bernama Azmeer yang banyak membantu Abe Kie semasa bertugas di DM2. Dia ni bujang lagi. Sapo2 nak buat menantu boleh la hubungi Abe Kie. Hehehe...

Ini pula masa makan2 di Dewan PIBG selepas majlis perpisahan tu. Terima kasih atas persahabatan yang dibina. Nanti jika ada apa2 majlis tu jemputlah saya ke DM2 lagi. 

Sambil makan sempat lagi papaprazi @ Cikgu Din snap candid. Cikgu lelaki tak ramai. Cuma 20 orang je drp hampir 90 orang guru kesemuanya.

Inilah foto Abe Kie dgn anak2 dara yang selalu minta duit nak beli makanan n minuman viral! Paling kiri tu Anis, Alis dan Alin. Mereka belajar di DM2 sampai habis SPM. Tapi Abe Kie tak pernah ajar pun anak2 sendiri di sekolah. Sebab buleh elak, dik!

Kebetulan pada tarikh yang sama Anis tamat latihan industri di DM2 jadi pihak PIBG dan guru pembimbing, Puan Wan Mahani bagilah sedikit hadiah kepada Anis. 


 Ini pula foto Abe Kie dengan Kak Mahizan. Seorang rakan sejawat yang baik dan prihatin. 


Seterusnya sebelum balik sempat bergambar dengan anak2 murid 4 Teknikal 2024 yang pernah Abe Kie ajar setahun. Sedih gak sebab x dapat mengajar mereka sampai SPM 2025. huhuhu....


Ini pula foto dengan pelajar2 lelaki 4 Xenon 2024. Cuma jumpa dengan mereka je. Pelajar2 perempuan entah dok mana. Abe Kie berdoa agar mereka lulus la mp Bahasa Inggeris pada SPM nanti sebab semasa form 4 tak seorang pun lulus BI. Huhuhu...


 Satu lagi foto dengan pelajar2 lelaki 5 Teknikal 2025. 


 Inilah hadiah2 yang sempat dibawa balik ke rumah pada hari kejadian. 


 Baru selesai unboxing hadiah2 yg diterima. Yang paling berat ialah Dessini Pressure Cooker. 


 Dalam kotak ni la berisi pressure cooker itu. Skrg Noxxa ada teman la. Boleh guna bergilir2 nanti.

 

16 Comments

  1. alhamdulillah.meriah mcm2 hadiah ada
    mesti sedih kan sbb dah lama mengajar di situ,, its ok, new journey..new adventure...all the best to Abe Kie di sekolah baru

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Abe Kie. Dapat naik pangkat maknanya naik gaji lah kannnn, hahahha.

    ReplyDelete
  3. Seronok tu dapat merasa ke tempat baharu. Selamat maju jaya cikgu Abe Kie. Smart baju batik, merah menyala.

    ReplyDelete
  4. tahniah AK..selamat bertugas di sekolah baru...come2, sweet2 anak AK..

    ReplyDelete
  5. alahai risau nya dengar tak lulus tu...anak linda pun harap cukup2 makan je...geram je mak nie berleter selalu...hahaha...
    semoga yang baik2 untuk AK dan anak-anak murid nya ...aamin

    ReplyDelete
  6. Wow..Lama tu abam kie mngajar dkt sana..Bwk blk hadiah pun byk..=)...Semoga Abam kie dpt berkhidmat dgn baik juga di sekolah yg baru..Amin..

    ReplyDelete
  7. selamat bertugas di tempat baru abe kie

    ReplyDelete
  8. Tahniah atas kenaikan pangkat....

    ReplyDelete
  9. meriah majlis perpisahan banyak dpt hadiah tahniah cikgu

    ReplyDelete
  10. Tempoh berkhidmat abe kie lagi lama dari usia perkahwinan ammi. Ammi nikah May 2004.

    Semoga abe kie cemerlang sebagai guru kanan disekolah baru

    ReplyDelete
  11. the students must be missing you! selamat menjadi pendidik di tempat baru, cikgu!!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki hadiahnya macam2. Moga dipermudah kan semua urusan di tempat baru.

    ReplyDelete
  13. sepanjang tempoh tu cikgu x de terima apa2 offer dr sek lain ke?

    ni baru majlis perpisahan. kalau majlis bersara ni... tentu lg meriah. penuh hadiah 1 kereta nnt 😀✌️

    ReplyDelete
  14. Selamat berpindah Abe Kie.... Moga akan lebih seronok di sekolah baru.Selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  15. waahhh lama 2004 - 2025 ! org baik ramai yg sayang Abe Kie ni hehehe.. pssstttt cer ejasss Azmeer tu kikikiki

    ReplyDelete
  16. Selamat maju jaya Cikgu Aban Kie..naik pangkat maka naik gaji...itu yang seronok dalam dunia pekerjaan

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.