Rupanya maksiat ni ada 2 jenis. Maksiat zahir & maksiat batin. Dan rupanya maksiat ni bukan makna bila kita buat dosa je. Tapi meninggalkan suruhan Allah pun adalah bentuk maksiat.

Apa itu maksiat zahir?
 
Maksiat zahir ni perlakuan dosa yang dibuat secara zahir. Boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh tak tutup aurat, tak solat, tak puasa, mendekati zina, mengumpat, mencuri dsb nya.
 
Maksiat Batin ni pulak maksudnya maksiat hati. Iaitu segala dosa & kecelaan yang muncul disebabkan penyakit hati. Manusia mungkin tak nampak, tapi jelas dapat dilihat oleh Allah.
 
10 JENIS MAKSIAT BATIN
 
Disebutkan oleh Imam Ghazali dalam Kitab Arba’ Fi Ushuluddin 10 perkara:
 
1. SYARAHUT THA’AM
Banyak makan. Keterlaluan
 
2. Syahrul Kalam
Banyak bercakap perkara sia-sia
 
3. Gadhab
Kuat marah
 
4. Hasad
Dengki akan orang lain yang beroleh nikmat
 
5. Hubbul Jah
Cintakan pangkat kebesaran dan kedudukan
 
6. Hubbun Dunya
Cinta akan dunia
 
7. Al bukhlu wa hubbul mall
Bakhil kedekut & cintakan harta
 
8. Takabbur
Membesar diri
 
9. Ujub
Terpesona & merasa kagum akan diri sendiri
 
10. Riya’
Melakukan ibadat / sesuatu perkara bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk dan mendapat pujian manusia.

Maksiat batin memberi kesan buruk pada akhlak. Hati yang penuh dengan sifat terkeji akan terzahir akhlak yang buruk. Yang akan merugikan dirinya di dunia dan akhirat.
 
Nak menghakis sifat tercela ni perlu lalui proses pembersihan jiwa. Dan Allah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah itu.
 
“Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,” (al-Shams, 91: 7-10)
 
Bila kita tak usaha membersihkan hati, maka sangat mudahlah kita tergoda dengan bisikan syaitan dan iblis untuk berbuat mungkar.
 
Moga kita sentiasa kuat muhasabah dan kuat mujahadah membersihkan hati dari 10 perkara mazmunah ini.

 

14 Comments

  1. Nice sharing..Semoga kita sedar akan setiap perkara yg kita buat..AMin..

    ReplyDelete
  2. semoga dijauhkan dr kita semua...aamiin

    ReplyDelete
  3. Secara x sedar, terbuat juga maksiat batin kadang2... huhuhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. moga dijauhkanlah kita dgn sifat maksiat batin ni aminnnn

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita muhasabah diri...

    ReplyDelete
  6. Moga Allah mengampuni dosa kita semua Aamin

    ReplyDelete
  7. semoga kita dijauhkan dengan maksiat. amiinn

    ReplyDelete
  8. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
  9. no 1 tu...faham2 laa nanti
    dah masuk ramadan...

    ReplyDelete
  10. semoga dijauhkan dengan semua itu..aamin

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Abam Kie atas perkongsiannya. Kena muhasabah diri saya ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.