Sewaktu bersedekah/infaq/wakaf tunai, adalah baik jika kita berniat seperti di bawah ini:

1. Aku bersedekah kerana menjunjung perintah Allah dan Rasulullah s.a.w
2. Aku bersedekah kerana mengikut sunnah Rasulillah s.a.w - Rasulullah suka bersedekah
3. Aku bersedekah kerana mengharap redha Allah
4. Aku bersedekah supaya Allah menghilangkan sifat bakhil kedekut dalam diri ku
5. Aku bersedekah kerana menyenangkan & menggembirakan hati orang
6. Aku bersedekah kerana mensyukuri nikmat Allah kepadaku
7. Aku bersedekah supaya Allah menutup kecederaan hartaku/membersihkan hartaku
8. Aku bersedekah supaya Allah mengampuni dosa-dosaku
9. Aku bersedekah supaya Allah menolak bala yang akan menimpaku
10. Aku bersedekah supaya Allah selamatkan peribadiku (tiada dengki khianat orang)
11. Aku bersedekah agar menjadi perisai dari api neraka
12. Aku bersedekah supaya Allah sembuhkan penyakitku.

Jika kita tidak kesempatan masa, niatkan seperti ini, "Aku niat bersedekah/berwakaf seperti mana niat Imam Faqih Muqaddam" In Sya Allah

Setelah selesai bersedekah, infaq, solat, haji, dan lain-lain, ucapkan olehmu " Ya Allah tolong jaga, pelihara, simpan elok-elok pahalanya. JANGAN TERBATAL, TEMBUS, TIRIS, HILANG, In Sva Allah. Aamiin. Aamiin"

Amat penting | tuan/puan niat dan kata: "In Sya Allah aku nak amal" 

Dipetik dari KITAB MINHALUS SAWI & KH MUHAMMAD BAKHIT)

12 Comments

  1. Moga pahala mengalir berganda2

    ReplyDelete
  2. Sedekah dengan ikhlas Insha Allah pahala akan diterima oleh Allah dan dilipat gandakan nilai sedekahnya kepada yg memberi sedekah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terima kasih cikgu perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang baik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. bagus kalau bersedekah untuk dapat reda Allah..

    ReplyDelete
  6. Saya antara sukarelawan masjid di tempat saya. Tiap² minggu hantar bantuan dari rumah ke rumah bagi mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada penginfak. Tak putus-putus sumbangan dari penginfak walaupun ada yang tidak diketahui dari siapa yang penginfak.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..niat pun dah dapat pahala

    ReplyDelete
  8. Terima kasih, Abe Kie. Perkongsian yang bagus.

    ReplyDelete
  9. Intinya, semua yg kita lakukan sebaiknya memang mengharapkan ridho Allah semata, bukan yg lain2. Dan jujur saya paliiiing males kalo melihat selebriti, atau selebgram yg donasi atau apapun, tapi pake acara diliput besar2an😅. Kdg terpikir ini ikhlas atau hanya supaya dilihat 😁

    ReplyDelete
  10. Betul takut amal ibadat dibuat tidak diterima oleh Allah.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.